Tuesday, November 27, 2012

Bubur kacang durian

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:07 AM

First time kena buat sendiri ni. Ye lah dulu duk  dengan mak, semuanya mak yang buatkan. Bila dah duduk sendiri, sekali boss suruh buat baru nak gelabah cari resepi..huhu.

Ya ampun senang je. Kalau tak, tak tahu juga kan. Nak tepek sini juga, nanti senang nak rujuk, kih kih! Eh blog kan c.u.m diari sehari-hari.

Resepi kawan tolong gugelkan..

Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau (direbus empuk)
10-12 ulas durian
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula melaka/gula pasir
1 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara

1. Rebus kacant hijau sehingga empuk.
2. Campurkan semua bahan2 kecuali durian.
3. Kacau di atas api yg perlahan sehingga hampir mendidih.
4. Masukkan durian dan kacau lagi sehingga mendidih.
5. Kemanisannya mengikut citarasa sendiri.

Posted from Samsung Galaxy Note


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea