Monday, September 3, 2012

Apabila rumah dilanggar 'Todak' (comel)

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:20 AM
 Pasti suasana begini menjadi satu perkara biasa bagi dirumah yang mempunyai anak-anak kecil dan yang sedang membesar bukan? :) Walau seribu kali dikemas dan disusunkan, pasti ianya akan ditabur dan diselerakkan semula. 

Yang sadisnya selepas satu bahagian diselerakkan, meraka akan beralih ke bahagian yang lain pula. Pendek kata pantang nampak bersih atau clear lah sesebuah tempat itu pastikan mereka tidak senang melihatnya. Begitu lah lumrah keadaan rumah yang mempunyai anak-anak yang bijak dan comel ini. Adakah rumah yang sentiasa kemas dan anak-anak yang langsung tidak menyepah? 

Sudahnya, ianyakan hanya dikemas bila menjelang mereka sudah tidur sahaja atau bila ada tetamu yang ingin bertandang ke rumah. Kalau ada yang terjah ke rumah dan rumah pula dalam keadaan tongkah pecah, faham-faham sahajalah. Bukannya tuan rumah malas nak berkemas tapi sebenarnya dalam masa 24jam, yang kemas hanya 6 jam sahaja (itu pun sewaktu mereka tidur).

Rata-rata, kebanyakan dari kawan-kawan seangkatan pun melalui suasana yang sama, Malah ada yang lagi hebat lagi 'kekaraman'nya hihi. Bagi ibu-ibu yang 24-jam dirumah seperti saya ini memang terpaksa 'meninggikan' tahap kesabaran yang paling maksimum untuk menguruskan rumah tangga sehari-hari. Dan siapa kata tugas seorang surirumah itu senang dan mudah? Tugas yang tiada cuti, pendek kata 24 jam. Itu belum campur jika musim anak-anak tidak sihat lagi. 

Bila difikirkan apa gunanya kita membelikan mainan jika kita tidak mahu ianya bersepah? Salah satu cara untuk melihat keselerakan di rumah ini dari sudut yang positif, fuh-fuh! 


Itu belum campur, perabut-perabut yang diusung, ditarik kehulur ke hilir lagi. Oh hero-hero saya semuanya gagah perkasa, kih kih!

Bila kita kemaskan didepan, depa buat 'kerja' didalam pula, ggrrr-grrrr!


Bagi saya, saya sudah hampir lali dengan keadaan rumah yang bersepah ditambah-tambah dengan dua hero yang aktif sokmo ini, bukan kerana malas kerana sudah tidak larat lagi untuk memastikan ianya sentiasa lapang setiap saat. Sehingga ke hari ini saya masih belajar untuk memastikan tahap KESABARAN yang tinggi dalam mengurusi rumah tangga sehari-sehari. Belajar untuk tidak jemu membuat rutin sehari-sehari dirumah.

Kadang-kadang, untuk mengurangkan tahap kestressan dirumah, kita terpaksa pula untuk sentiasa untuk  menyuntik kata-kata motivasi dalam diri supaya diri masih dalam keadaan positif dan ceria.
Motif entri ini sahaja ingin berkongsi apa yang dianggap normal dalam suasana kekeluargaan dan keibubapaan.  Apa yang penting? :)








2 comments:

*azni* said...

betul tu sis,umh sy kemas sekejap pastu mula la ank2 duk kumbah mainan dorg..apa guna belikan dorg mainan klu mainan tu tersimpan je kan :)..semoga kite sama2 diberi kesabaran yg tertinggi dlm membesarkan ank2..

r.i.t.a said...

Izzet ni sunggoh comel la keletah die..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea