Sunday, August 5, 2012

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan, Putrajaya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:46 AM
Pada khamis lepas saya berpeluang menyertai program Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2012 Peringkat Kebangsaan yang bertempat di Auditorium Parcel E, Putrajaya. Saya bersama Puan Kamariah membuat pameran MBfPC. Bahan untuk pameran kali ini adalah berkenaan dengan Kumpulan-kumpulan sokongan yang telah digerakkan oleh para rakan pembimbing ibu menyusu MBfPC.

Saya ditugaskan untuk mengumpul segala kumpulan-kumpulan yang ada diseluruh Malaysia untuk dipamerkan pada hari tersebut. Alhamdulillah, dapat juga direalisasikan walaupun last minute, huhu!



Antara barang-barang cenderahati MBfPC untuk dijual bertujuan untuk menambah duit tabung. Sarung angpow habis diborong pada hari tersebut.. :)

Booth MBfPC


Sementara itu, didalam auditorium berlansung program forum, sebelum upacara perasmian oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.


 Booth dari Pusat Laktasi Kebangsaan.

 Dan booth-booth dari Unit pemakanan dan kesihatan yang lain.

 

Sambil melihat hasil-hasil gambar yang saya sediakan untuk pameran kali ini...

                             
Setelah selesai upacara perasmian, Datuk Seri Liaw Tiong Lai melawat boorh-booth Pameran yang ada pada hari itu. Termasuk lah booth MBFPC.. :)

1 comments:

izzah azfar said...

tq kak yatie, even last minit leh gak masuk gambar kami :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea