Wednesday, August 8, 2012

Klinik Desa Sg Sekamat berwajah baru

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:39 AM
Semalam saya bawa izzet untuk check up 1tahun 3 bulan di Klinik Desa Sg Sekamat. Wahh, kali ini klinik yang ala-ala rumah kampung itu sudah pun bertukar wajah. Kali ini dengan ruang klinik sudah bertambah luas. 
Klinik Desa beberapa bulan yang lepas.

Klinik yang telah ditambah ruang yang baru. Rumah ala-ala kampung tu dah diroboh separuh, tinggal sebahagian tu mungkin untuk kegunaan staffnya la kot. Izzet pun seronok berpusing-pusing dalam tu.

Ini baru selesa kan. Aircond pun dah dipasang 2-3 biji. Barulah selesa nak menunggu. Anak-anak pun happy je. Masih belum siap sepenuhnya lagi keadaan dalam ini. Perabot-perabot baru pun masih berplastik2 lagi. Eh cerita macam rumah sendiri pula, hihi!.

Yang paling best, orang semakin tak ramai lagi. Bila ditanya pada staff nurse, mengapa sekarang orang makin berkurang, rupa-rupanya mereka telah mula mengurangkan jumlah ibu-ibu yang checkup disini mengikut kawasan yang yang berhampiran dengan klinik desa ini sahaja.

Maksudnya, Klinik desa ini hanya terima ibu-ibu yang tinggal dikawasan daripada batu 13 kajang hinggalah ke Taman Rakan, Sg Long. Jika tidak dahulu mereka  terima sehingga ke kawasan Bukit Mahkota Cheras & balakong sebagainya. Jadi bila tiba waktu check up memang 'muntah' lah dalam klinik ni dah tak macam klinik desa sudah.

Ohh, saya sangat suka dengan penambahbaikan demi untuk keselesaan rakyat ini! eh? hahaha!

**Teringat masa mula-mula check-up mengandungkan azri, cukup 'bercinta' nak check urine kat dalam toilet dia, rasa ngeri pun ada sebab memang tak mesra ibu mengandung, licin, curam batunya. :)

2 comments:

Sue said...

sy dulu masa mengandung 3 org tu check up kkt KKIA cheras baru. selesa walau ramai org. then pindah kajang kat tmn mesra. bwk anak check up n injection kt klinik desa sg sekamat. sgt meletihkan.. dah la kena duduk bawah. sempit. org ramai gak la tp tak seramai kkia cheras baru. lepas beberapa kali dtg sy da rasa rimas, terus tukar amik injection kat klinik panel je. tp bila tgk perubahan ni sy rasa happy jugak... at least tak la kna duduk bersimpuh la (saya tak pandai bersila..tu yg x selesa)

zatie_izzati said...

wah...dah lain betul ek.. last g sane 3 tahun lepas.. now belum rezeki lg.. bestnye dengar dah x ramai cam dulu..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea