Friday, August 17, 2012

Ke Kubur Arwah Atuk

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:17 AM
Awal-awal pagi, saya dan anak-anak ke kubur arwah abah bersama mak saya untuk kemas-kemas.   Mak saya memang tak berani ke kubur ni sorang-sorang sebab kawasannya sangat sunyi. Jadi terpaksalah saya bergilir-gilir mengemas kubur. Izzet tinggal kat kereta sebab tak berapa sihat.

Saya dan azri ke kubur menyapu daun, mencabut rumput dan mengemas apa-apa yang patut. Sambil-sambil tu dia tak habis-habis bertanya itu ini.

Ibu: Ini kubur siapa azri?
Azri: Kubur 'Awah-atok'..
Ibu: Arwah-atok tu siapa?
Azri: 'Awah' atok nenek lah..macam Tok Dalang tu....
Ibu: (Hahaha, pengaruh Upin-Ipin)
Azri: Ibu, kubur yang ini nak cabut rumput juga ke? (Merujuk kepada kubur disebelah)
Ibu: (Kerajinan terlebih sudah! tak larak nak kalau nak kemas semua kubur kat situ..huhu!).

Sengaja saya bawanya ke kubur agar dia dapat belajar tentang sesuatu pada hari ini, tentang kematian, tentang kewajipan seorang anak untuk menziarahi kubur orang tuanya, mendoakan dan menyedekah bacaan yassin.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea