Monday, August 13, 2012

Hari ceria bersama anak-anak (^_^)

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:45 AM
Sebenarnya mata dah nak terlelap semasa menulis entri ini sebab baru je lepas 'merempit' dengan biskut raya yang kedua pula iaitu biskut nestum crackers. Esok-esoklah saya update pasal entri biskut nestum pula (wah, jaki sungguh!hihi).


Tadi tengahari saya bawa mereka ke JJ Cheras Selatan untuk bersuka ria, sengaja tak bawa hujung minggu mesti pack kat tempat permainan ni. Pagi isnin sangat 'aman-damai' disini, hehe! Walaupun pun letih dan masih banyak lagi kerja 'mengukis' yang perlu disiapkan lagi tapi seronok tengok mereka berdua ni. Hilang penat seketika, walaupun kat rumah, mulut ni tak habis-habis membebel sahaja melayan karenah mereka yang GrRRRrrr!


Sorang driver, sorang konduktor, :)
Yang paling teruja adalah si izzet. Maklumlah waktu memang tengah nak meneroki dunia luar, hehe!

 Nasib baik yang ini ada dua stering, kalau tak si adik asyik berebut stering dengan si abang sahaja, adess!
 Mari masukkan bola-bola dalam mulut buaya itu. Adik terpegun tengok buaya tu berpusing-pusing sebenarnya, hahaha!
Permainan last of the day sebelum kita nak balik rumah. Izzet tak pandai lagi duduk kat kuda-kuda tu. Adik layan kat kerusi ala-ala prince naik kereta berkuda lah, hehe!

Oh how i love them so much dan begitu cepat masa berlalu..whooaaa! Azri pun dah semakin bijak dengan emosi dan imaginasinya! Rutin setiap hari sebelum tidur kini adalah berbalas selamat malam dan memberi salam bersama azri..so sweet! :)

**Terus teringat insiden lego tempohari..nanti saya update, kih kih!
** Habis lah juga RM20 asyik tukar token tu je, huhu!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea