Thursday, August 16, 2012

Biskut Mocha Choc Chip

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:33 AM



Hari ini saya 'merempit' dengan biskut Mocha Choc Chip pula. Pukul 9 malam tadi baru start. Sebab belah siang tadi gi rempit kat mesin jahit jap siapkan langsir pintu sebab mak saya dah pot pet langsir pintu tak berganti lagi, huhu.

Ditambah pula izzet yang demam pula. Sejak dua menjak nih, izzet selalu sakit-sakit :( Kasihan pula saya lihat dia. Mungkin sebab selalu kena tinggal dengan saya yang terpaksa keluar sekali sekala untuk kerja Home Visit sebagai IBCLC SusuIbu.com secara part-time untuk kawasan Kajang dan Bangi.  Minggu hadapan genap sudah dia 1tahun 4 bulan. Be strong dear, i'll do anything for you.....

Tolong letak icing deco love kat atas biskut :)
Si abang pula dah boleh diharap sudah. Rajin dia nak menolong saya menyiapkan tempahan kuih raya. Sambil meneman saya didapur, sambil mulutnya tak henti-henti bercerita tentang imaginasinya. Nak jadi Masterchef lah, nak itu lah ini lah. Letih juga nak melayan dia bercerita tapi memang kena layan kalau tak dia asyik tanya je.

Sebahagian tempahan-tempahan yang sudah disiapkan. Hihi, tempahan baru ala-ala 'ikan bilis' je. Alhamdulillah, jadilah. Mungkin ini adalah permulaan kepada sesuatu yang besar nanti dan mungkin ianya petunjuk dari Allah untuk saya tentang erti sebuah kesabaran & pengharapan. Terima kasih ya Allah :) Selamat Hari Raya semua!..

*Tahun ini pecah rekod tak beli kuih raya, yeehaaa! 

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea