Wednesday, August 1, 2012

Bila anak berimaginasi dewasa

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:02 AM
 Sejak beberapa hari ini, azri suka bercerita dengan saya seolah-seolah dia adalah orang dewasa. Yang kelakarnya kebanyakan dialog tu semua adalah dialog yang sering saya guna semasa berkomunikasi dengan dia. Dan selebihnya dialog-dialog yang dia tambah sendiri yang mungkin dia dengar dari TV. Antara yang sempat saya ingatlah:

Dialog 1
Azri: Bila ahmad azri besar, ahmad azri nak bawa kereta ibu..

Ibu: Ooo, sekarang tak boleh bawa ke?
Azri: Sekarang tak boleh, sekarang kecil lagi..nanti langgar.
Ibu: Ooo, azri nak bawa ibu pergi mana?
Azri: Ahmad Azri nak bawa ibu pergi kursus...ibu jangan nakal-nakal tau, pakai tali pinggang..dengar cakap ahmad azri.. ahmad azri nak mandu kereta.
Ibu: 0ooo, ibu boleh ikut tak?
Azri: Boleh, Ahmad Azri pegang ibu..



Dialog 2
Azri: Ahmad Azri ni orang laki, ahmad kena kerja. Ibu jangan risau, ahmad azri pergi kejap je. (Sambil usap-usap kepala ibunya).
Ibu: Ibu boleh ikut tak?
Azri: Tak boleh, ada polis. Ahmad kerja dengan kawan ahmad azri, ibu jangan sedih eh, nanti ahmad azri belikan ashii (read:aiskrim), ibu nak tak?
Ibu: Nakkkk, adik pun nak ashii jugak
Azri: adik tak boleh, nanti dia selsema...
Ibu: Azri ada duit ke nak beli ashii?
Azri: Adalah, ahmad azri keje dapat duit..
Ibu: Oooo, berapa ringgi ashii tu?
Azri: 2ringgit je. Beli kat tesco, murahh!
Ibu: Ooo..beli banyak-banyak yer...
Azri: Ibu jangan sedih eh..ibu tidur dulu...

Dialog 3
Dialog pagi hari..
Ibu: Kenyang tak makan mee tadi?
Azri: Alhamdulillah lah ibu..Bila kita kenyang kita kena cakap Alhamdulilah!, kan Allah-bagi-kita-syukur (read: kita syukur pada Allah agaknya, hihi!)..



Ada banyak lagi, rasa macam nak standby recorder je dan rekod perbualan dia. Sebab kadang-kadang bila datang 'angin' imaginasi dia tu secara impromptu.

2 comments:

Izzie Laili said...

salam, baru je berjaya khatam blog ni. sy pun epm, baby baru nk msk 4 bln, byk kena belajar ni. Alhamdulillah jumpa blog tie. TQ. actually nak tanya mcmmana tie bwk bekal ebm kat baby masa jenjalan, mcm kat soping complex ke? tie pump jugak ke? ni dah nak raya, sy risau mcmana nak bwk ebm jenjalan raya, sana sini, kena bwk air panas selalu ke

Izzie Laili said...

ups...terdelete komen awal abt thread ni, actually nak ckp, azri ni dah besar dah...antie dok baca azri baby je lagi.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea