Monday, August 20, 2012

Al kisah LEGO

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 6:16 AM
Kisah ni berlaku sewaktu minggu-minggu terakhir bulan puasa. Masa tu saya ke kedai bakeri untuk membeli bahan-bahan untuk biskut. Dah lah masa tu que sikit punya panjang, azri pula ternampak mainan kat situ, Dia pun main capai je, saya tak bagi tapi dia berkeras juga. Sebabkan malas nak tinggalkan que yang dah separuh tu, saya pun biarkan je tanpa tengok mainan jenis apa yang dia ambil.

Sampai-sampai kat rumah, rupanya ianya adalah sejenis LEGO yang perlu dipasang semula. Tidak seperti kereta Bomba yang dia lihat di hadapan kotak itu. Saya pun tak perasan yang dia ambil itu adalah lego yang tulis untuk umur budak 6+. Macam mana dia nak main, kalau tak saya juga yang kena pasangkan tu. (Dah lah tengah banyak kerja yang hendak disiapkan).

Itu ok lagi, kemarahan saya mula membuak bila dia mula memberontak membaling lego-lego itu setelah ianya tidak menepati seperti apa yang dia mahukan seperti dalam gambar itu, iaitu kereta bomba. Memang free-free je dia 'kena' haritu. Saya rasa, kadang-kala rotan itu perlu juga dalam keadaan-keadaan yang kita rasa anak-anak itu sudah melampau dan seakan tidak takutkan kita lagi. Saya tidak mahu nanti efeknya apabila dia dewasa kelak.


Selepas reda dia menangis, dan adiknya pun dah saya tidurkan, saya ajaknya pasang semula lego tu bersama-sama. (Sebab teringatkan pasal quote 'Parent Nowadays' dulu, huhu!).

 Waduh, memang betul-betul meruntun kesabaran lah memasang lego ni. Ditambah lagi kalau masa tu kita memang tengah banyak tempahan yang perlu disiapkan. Terus teringat, macam itu juga kalau ibu-bapa yang tiada masa untuk anak-anak kerana sibuk dengan kerja dan bisnes masing-masing sampai anak itu rasa bosan dan terasa seperti diabaikan. Terus saya mode insaf dan teringat tentang kata-kata ustaz Don dalam ceramahnya dulu.
 Kali pertama juga saya memasang LEGO ni. Kecil-kecil dulu ini adalah permainan yang paling saya tak minat termasuklah jigsaw puzzle tu..huhu!
 Hahhh, siap sudah saya pasangkan menjadi kereta bomba dan helikopter penyelamat. Bangga seh!hehe

Tapi hasil kerjatangan saya tu tak sampai 2 jam, akhirnya telah 'diubahsuai' oleh azri menjadi ini. Kereta bomba dan helikopter yang telah digabungkan. Budak-budak pasti dengan imaginasi mereka tersendiri.. :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea