Wednesday, July 11, 2012

Semakin cekal

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:56 AM
Teringat kata-kata kawan kepada saya, "Ujian itu menjadikan anda sangat hebat".

Setiap dari kita tidak terlepas dari putaran roda kehidupan, adakalanya kita diatas dan adakalanya kita dibawah.

Adakalanya kita gembira dan adakalanya kita berduka.

Apabila kedua-dua itu tiba kita seperti mahu memberitahu dunia. Kita mahu meluahkan. Kita mahu mendengar belas kasihan dari orang.

Namun adakalanya ianya lebih baik disimpan dan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Biarkan ianya pergi membawa seribu kedukaan yang mungkin tidak mahu kita ratapi lagi.

Ujian itu lebih mendewasakan dan mematang pemikiran kita bagi yang mahu melihatnya dari sudut yang lebih rasional dan positif.

Dan betapa beratnya dugaan seseorang itu menunjukkan betapa hebat seseorang itu untuk menghadapi sehinggakan Allah memberikan dugaan yang sedemikian.

Alhamdulillah, Allah beri saya ketabahan dan kecekalan. Saya berfikiran positif dan semakin fokus tentang apa yang saya mahukan dalam kehidupan ini. Perlahan-lahan saya lepaskan kenangan itu pergi dan berdoa semoga ada hikmah dan pengajaran disebaliknya dan ada kebahagian yang lebih hakiki lagi menanti dikemudian hari.

Dan sementara itu saya akan terus:



#Entri motivasi diri#

   

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea