Saturday, July 28, 2012

Rezeki

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:51 PM
Sejak dua menjak ni saya asyik cerita pasal ni je kan. :)
Sejak 2 bulan ini saya telah mula menumpukan sepenuh masa dalam bidang ini dan alhamdulillah juga dalam masa yang sama saya tidak putus-putus menerima tempahan dari mereka yang berminat. Jika sebelum ini saya buat hanya suka-suka dan hanya bila waktu yang free sahaja.

Sebenarnya saya sudah terfikir untuk mencari pekerjaan tetap tapi bila dikira-kira semula tentang gaji pada pekerjaan yang diterima itu selepas ditolak itu ini lebih kurang serupa juga dengan pendapatan saya dengan hasil-hasil jahitan ini.

Jadi saya memutuskan untuk masih meneruskan bidang jahit-menjahit ini saya buat sementara waktu and see how it goes from there. After all, from the positive side, saya dapat bersama anak-anak saya sentiasa :) Walaupun suasana tu akan sentiasa penuh dengan "Azri, jangannnn!, nooooo, tak boleh, arggggghhh! Izzettttttttt!" (read as high pitch!)

Namun siapa kata bekerja dari rumah bersama anak-anak itu mudah? malah saya rasa memang agak mencabar juga kerana kita perlu bergelut dengan tugas kita menyiapkan tempahan dan dalam masa yang sama perlu melayan karenah anak-anak lagi. Tambah-tambah lagi anak-anak yang sedang didalam peringkat waktu sedang 'lasak' begini.

Dalam tempoh ini juga saya masih belajar dan cuba mencari ruang-ruang yang sesuai untuk saya dapat menjahit dan menyiapkan tempahan tanpa gangguan dan henti. Antaranya, cuba untuk membuat kerja apabila anak-anak sudah tidur.

Tapi kalau siang, waktu tidur untuk si abang memang tiada lah kerana sepanjang masa akan 'beraksi' sahaja. Si adik pula tidur 1-2 kali pada waktu siang (kalau dapat 2x tu kalau si abang tak kacau). Bila si adik tidur tu lah saya dapat sambung semula kerja-kerja menjahit. Tapi biasanya tak sempat sudah hatta sekeping pun adik dah terjaga semula.Sebab si abang selalu je bising-bising-jerit-jerit walau tengok tv pun.

Waktu yang paling best adalah waktu malam selepas mereka tidur. Tapi waktu ni selalunya dah pukul 10pm ke atas. Bila mereka dah tidur, saya pun kadang-kala dah keletihan dan tak larat juga nak menjahit sehingga lewat-lewat malam. Jadi bila waktu yang sesuai nih? *sigh* Waktu yang sesuai adalah ruang waktu diantaranya yang kita panggil 'asal-sempat-aku-jahit-je' tak kira ler siang ke malam ke.. hahahah!
                         
Bakul comel untuk mengisi hasil-hasil jahitan yang telah siap. Sebahagian yang telah siap dijahit. Bakal menemui mommy-mommy yang green! :) Ada lagi 2 tempahan yang perlu saya siapkan. Selepas ini boleh lah saya buat yang ready-made pula. Ramai yang tanya saya bila saya nak re-stock yang ready-made. Insyallah dalam minggu hadapan (kalau takda custom order lagi). 



 Saya DIY tag label sendiri. Tapi sayang printer takda ink color (ink colornya dah semput nak kena hantar gi servis)

Sementara itu, jemput LIKE page LaLiLO saya di FB yer! (Klik gambar). Takda apa pun, tak sempat nak upload gambar lagi. :)

3 comments:

Nora Herni said...

fuh terbaiklah beb! aku rasa lagi bagus tiada ink kaler hihi. cukup cantik warna hitam begitu ;) apa pun, memang bukan mudah bekerja sambil jaga anak-anak yang sedang mahu membesar ini. lagi-lagi menjahit. teringat kenangan aku 3 tahun lepas huhuu.

Hayatie said...

Nora Herni, mekasih! Insyallah, alah bisa tegal biasa :)

Liza Othman said...

all the best!
and setuju label tu dah perfect dgn warna itam tu :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea