Thursday, July 12, 2012

Parents nowadays...

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:10 AM

Fuh, saya tersentuh dengan statement ini. Peringatan untuk diri saya juga. Kadang-kala kita terlupa dan mengabaikan perasaan anak-anak ini. Menjadi lumrah bagi anak-anak yang sentiasa ingin perhatian daripada ibu-bapa mereka. Saya teringat kembali kata-kata Ustaz Don dalam salah satu ceramah beliau yang saya tonton di You tube, "Masa anak-anak kecil, they crave for our attention".


Anak-anak adalah satu amanah yang sangat besar diberi oleh Allah kepada Ibu-bapa. Namun kadang-kala dipandang sangat kecil oleh kita. Atau istilah yang lebih senang 'take for granted'. Saya selalu membayangkan betapa akrab,sayang dan penyayangnya seorang anak itu ketika dia membela kedua orang tuanya kelak adalah sangat berkait rapat dengan betapa dia disayangi, dibelai sepenuh jiwa dan perhatian semasa diri kecil.

Pernahkah kita dengar istilah ini, 'Quality Vs Quantity time'? Orang kata masa berkualiti itu lebih penting walaupun sedikit, berbanding dengan seharian bersama tetapi tanpa sedetik pun yang dapat dimanfaatkan. Tetapi bagaimana pula kita tahu masa yang kita peruntukan itu yang dikatakan masa berkualiti pula? (T________T)

Setiap kali terbaca, terdengar tentang perkara, setiap kali itu saya memasang semangat untuk mendidik anak-anak dengan lebih tekun, sabar dan penuh kasih sayang. Namun dikala tuntutan dan desakan kehidupan sering menjadi cabaran terbesar didalam memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak.

Insyallah, kali ini saya mahu jadi Ibu-bapa yang penuh dengan kasih sayang kepada anak-anak saya! Lets do it!

#Entri semangat datang lagi#




2 comments:

mirah said...

Oh Dang! juga terasa ni.
memang terkena juga.
Allahuakbar, betapa lekanya kita dengan dunia kita tanpa memikirkan perasaan anak-anak kan.
Ok jom kita spend lebih masa berkualiti dengan anak-anak.. :)

fiza said...

Sentap...betul lah statement nih.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea