Wednesday, July 25, 2012

Almond Cluster Choc

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:28 AM
Cokelatnya dah selamat tapi baru nak buat ceritanya, ngee~
Resepi pertama yang saya buat semenjak habis berkursus tempohari. Itupun terkejar dengan kerja menjahit saya. Demi nak merealisasi resepi yang saya belajar tu saya gagahkan juga. Bukan apa takut terlupa pula kalau lama-lama tak mencuba..

 Saya baru beli meja stainless steel nih. Itu pun mak saya yang sponsor, thank you mak! Kebetulan memang takda meja didapur. Sebelum ni asyik buat atas tabletop yang terhad tu.

Baru lah best sedikit nak letak semua bahan atas meja ni. Siap buku resepi masa kursus tuhari, hihi! Saiz meja ini 3'x2.5' double layer. Harganya RM390 selepas diskaun. Saya beli dari CKE. 

Tadaa, dah siap! Tak perlu bakar-bakar, cuma almond stripes je kena panggang dulu. Pastu gaul dengan cokelat yang telah dicairkan dan hiaskan! :)

Masuk bekas untuk kasi sample pada kawan-kawan. Manalah tahu nak order. Eh, dah ada 4 orang dah mengorder sebelum raya ni, alhamdulillah rezeki dari Allah, jika kita sabar dan tawakkal kepadaNya! :) Dan resepi-resepi biskut yang seterusnya selepas ini..(setelah selesai order untuk jahitan!). Kata The Handmade Loft kan..hihi!

2 comments:

Cik Puan Nurul said...

suka tgk scale tu..yg haku punya jahanam dikerjakan qaseh dia baling terus takleh nak guna dah adoilahhh memang mencabar buat kerja ngan anak kecik kerosakan barang adalah perkara biasa.

Hayatie said...

CPN: untuk makluman scale itu adalah scale yang kedua selepas yang pertama pun jahanam dikerjakan oleh azri..kita serupa, huhu!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea