Friday, July 27, 2012

Ahmad azri..

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:23 PM
Dah lama pula tak bercerita pasal si abang nih. Lagi lebih kurang 3 bulan genap lah dia 4 tahun. Rasa sekejap je tengok mereka ini membesar. Emosinya pun semakin matang, pandai bercerita, 'fast learner', baran pun boleh tahan juga nih. Dia pun sudah bijak menyusun kata-kata tanpa perlu diajar lagi.

Yang paling saya nampak sekarang dia pun sudah pandai menunjukkan rasa kasih sayang dia pada saya. Mungkin kerana hari-hari saya ucapkan dan tanya benda yang sama padanya.

Setiap hari pasti saya akan tanya 'ahmad azri sayangkan ibu tak?' dan kadang kala dia sendiri yang akan kata 'ahmad azri saaaaayang ibu!', dengan nada mendayu2 sambil berlari-lari peluk saya. kalau nak marah time tu memang tak jadi lah, hoho!





Sedaya upaya nak pakaikan seluar adik.

 Dia sekarang sudah pandai memainkan peranan sebagai abang dalam menjaga adik, rasa kasih pada adiknya sudah menebal walaupun seringkali terjadi adegan membuli adiknya. Jika berjalan2 di shopping kompleks, dia pasti akan mengawal adiknya dari berjalan lebih jauh lagi, cepat2 dia angkat adiknya dan bawa kepada saya.

Begitu juga dengan apa yang dia takut dia pasti akan memastikan adik tidak akan menghampiri tempat yang ditakuti itu sebagai contoh jika ternampak serangga yang merayap dalam rumah.


Sambil tolong saya cabut jarum peniti dari kain.


Saya tahu kasihnya pada saya sangat tebal walaupun saya sangat garang dengannya dia tetap tidak akan ambil hati dengan saya dan masig tidak mahu berenggang dengan saya. Sebagai contoh jika orang lain (ie nenek) yang marah walaupun sekali dia akan merajuk dan kata taknak sayangkan orang itu lagi.

Dia paling tak suka jika ada sesuatu yang tidak menyebelahi ibunya contoh jika ibu saya marahkan saya atau sesiapa yang dia dengar berkata yang sebaliknya dia pasti melenting dan terus kata 'nak tembak nenek' atau bla bla.. Sifat protectivenya pada saya memang terserlah kini.

Dulu dia boleh tidur sekali sekali dibilik nenek tapi sekarang sudah lama dia tidak berbuat begitu lah. walaubagaimana saya marah sekalipun (sebab selalu nak melompat2 atas katil sebelum tidur) dan suruhnya tidur dibilik nenek. Mesti dia nak tidur juga dengan saya.
Sebelum tidur pasti dia akan membalas ucapan saya selamat malam saya dengan nada yang mendayu2 juga.


 Sekarang setiap kali selepas saya marah dia sudah pandai memujuk saya kembali  (sebab selalu ugut taknak bawak dia jalan2 lagi hehe!) dgn ayat 'Ahmad azri mintak maaf ibu, ahmad azri taknak buat lagi, ahmad azri sayang kan ibu!'


 Pada ketika ini saya selalu sedar walaubagaimana pun ibu kasih anak itu tidak mudah berubah kerana setiap darah dagingnya bermula daripada setitis susu ibu yang saya berikan padanya dari mula kehidupan lagi.


  Menjadi seorang ibu yang bersama anak2 24 jam memang betul-betul menduga mental dan fizikal tapi Bila dilihat dari sudut yang positif, saya dapat melihat perkembangannya, tingkah lakunya etc yang mungkin takkan berulang kembali lagi setelah dewasa kelak.


Setiap hari saya berdoa agar anak2 saya menjadi anak2 yang soleh, hormati menghormati terutamanya kepada orang yang lebih tua, sentiasa rendah diri, bersifat penyayang dan menjadi muslim yang berjaya dunia akhirat. Supaya mereka dapat menjaga dan mengasihi saya kelak apabila saya tua nanti. Tiada harta yang lebih berharga buat saya selain daripada mereka berdua. Merekalah dunia saya. Amin-amin ya rabbal alamin!


Semoga saya terus tabah dan cekal mengharungi cabaran-cabaran yang mendatang ini. Saya tahu Allah saya sayangkan saya kerana hidup saya tidak pernah sunyi dari dugaan dan cabaran kehidupan sejak saya dari remaja lagi. Dan ketika saat ini saya pasti akan teringatkan arwah abah. Saya pasti kalau abah saya ada ketika ini dia pasti akan memberi semangat dan positif tentang sesuatu musibah itu. al-fatihah untuk abah!

5 comments:

Cik Puan Nurul said...

tacingnya sobs...anak lelaki memang akan menjaga ibunya sampai bila2 pun itu dah jadi tanggungjawabnya hingga akhir hayat.

Hayatie said...

CPN: Mudah-mudahan, amin!

Nora Herni said...

hukhuk, tersentuh juga dengan entri ini. Semoga Azri dan Izzet menjadi anak yang soleh dan sentiasa berbakti kepada kedua ibu bapanya, amin.... *hugs

Hayatie said...

@Nora Herni: Amin, terima kasih! :)

izzah azfar said...

assalamualaikum kak..

rasanya baru sahaja membaca mengenai perjuangan as EP semasa dengan Azri dulu.

Kini Azri yang mengajar kita jd ibu yg tabah sudah besar dan bakal ke sekolah pula..

lebih kurang dengan anak Zah je...apapun semoga azri sihat dan jadi abang yang baik ya :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea