Sunday, June 17, 2012

Puding Roti: Versi saya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:31 AM
Semalam saya buat puding roti lagi sebab ada baki roti yang dah sampai tamat tempoh pun. Nak makan gitu memang tak terabis la pulak. Resepi yang sama macam tempohari tapi saya tambahkan roti tu lagi. Boleh tengok sini untuk resepi. 

Dari 4 keping jadi 7 keping (kebetulan balance roti yang tak habis). Sebab yang lama tu rasanya lembik. Walaupun dah 7 keping pun masih tidak menepati specs saya :( 

Gulanya pun saya tambah dari 2 sudu jadi 2 sudu setengah tapi tak manis mungkin sebab roti dah banyak kot. Next time perlu 4 sudu rasanya dan rotinya saya nak taruk 10 keping lah. 

 Dan saya masih tetap rasa 'ke-telur-an' lagi. Rasa next time saya letak 2 biji sahaja instead of 3 biji.

After all, jadi lah juga walaupun tak menepati specs saya..semua dah ngappp masuk perut. Puding roti ni saya memang suka tekstur yang agak keras sedikit berbanding lembik2 tu, kira ala-ala keras macam bingka lah.

3 comments:

erna said...

nampak sedap..kena try ni :)

Afne said...

nmpk menyelerakan. dh lama tak buat puding roti. afne suka yg keras2 mcm bingka. klu lembik tu sbb terlebih susu ke?

Hayatie said...

Afne: hmm, mungkin juga kan..agaknya next time leh kurang kan juga susu kot..less watery .. :)

Erna: Not bad lah :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea