Sunday, June 24, 2012

Kursus Cokelat, Biskut & Kek: Intro

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:46 AM
Bulan ini tidak produktif sungguh mengupdate blog ini, takdan. Minggu lepas saya berkursus selama 3 hari di Klang. Bukan kursus PKK atau breastfeeding tapi kursus buat kek, coklat dan biskut yang bertempat di Chef Amer Akademi di Klang dibawah anjuran MARA. 

Bertuah rasanya dapat pergi ke kursus begini kerana harga sebenarnya untuk kursus 3 hari ini adalah RM1200 tapi kami semua hanya perlu bayar RM100 sahaja. Semuanya telah dibiayai oleh pihak MARA, syukur Alhamdulillah. 
Glamor rupanya Chef ni, tapi saya tak kenal,hehe! Maklumlah tak penah beli majalah Saji pun..kih kih!

Sebenarnya saya nak upload gambar-gambar sepanjang 3 hari tersebut tapi tunggu lah di enteri yang seterusnya nanti yer. Cuma nak upload gambar tengah memerah je, hihi! Sebab kursus ini banyak sesi praktikal dan kami tiada waktu rehat pukul 10am seperti kursus2 lain. Memang straight dari pukul 9am-1pm. Waktu tengahari je break sekali.

Jadi memang saya tak boleh nak berkompromi bab perah memerah ni. So tak boleh nak excuse masuk surau sebab nanti saya missed pula demo dan penerangan dari Chef ini, rugi woo! Sanggup saya memerah sambil berdiri juga. Eh kat bahagian dapur ni mana ada kerusi nak duduk-duduk.


 Gigih melihat demo dari chef. Sebelum turn kumpulan untuk buat praktikal tu satu-satu. Apron dot-dot pun tak bukak tu, hihi! Sebab saya guna baju biasa, selak dari bawah so apron tu mencover lah apa-apa yang patut selain shawl itu.

Saya guna manual sahaja sebab tak mahu ada bunyi time ini kalau guna FS mesti bising. Rupanya ada juga saya geng memerah dalam group ini. Ada dua orang yang sama-sama memerah dengan saya time lunch break. Tapi mereka perah sekali sahaja.

So moral of the story, nak seribu daya kan..! :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea