Friday, June 15, 2012

Bengkel 'How To Talk So Kids Will Listen'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:52 AM
Dah pukul 2pagi tapi gigih nak mengupdate entri (tak boleh jadi ni dah seminggu ketinggalan hihi!)..

Sabtu yang lepas saya ke Parenting Workshop anjuran Parent Patch. Sesi pada hari itu adalah sneak peak tentang bengkel 'How To Talk So Kids Will listen'. Walaupun sneak preview tapi sebenarnya peserta-peserta telah pun menjalani 2 sesi daripada keseluruhan workshop ini.


 Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Asyikin dan Dr Ning. Sesi suai kenal bersama peserta. Tak ramai pun bengkel ini dikendalikan dalam kumpulan yang kecil.

 Antara objektif dan skil-skil yang akan dipelajari semasa sesi bengkel ini.

  Seperti biasa, si kecik ni tetap diangkut kemana-mana. Tapi keadaan tidak begitu selesa sebab dah terbiasa ke program yang tak perlu kan meja dan kerusi, hihi! Dan izzet pun mulalah merengek selepas 1 jam pertama. Saya agak kurang fokus semasa sesi bengkel ini kerana terpaksa melayan izzet yang tidak selesa. Mungkin bosan barangkali tiada suara kanak-kanak seperti selalu-selalunya.

Oh bengkel ini diadakan selama 4 minggu berturut-turut, 2 session setiap minggu selama 4 jam. Terdapat aktiviti praktikal, role play dan lain-lain lagi yang perlu dibuat oleh peserta sebagai latihan.

Setelah macam-macam cara untuk membuat izzet duduk 'diam'. Itu dan termasuk membawanya bersiar-siar dilaman belakang rumah Dr Ashikin sambil melihat kolam ikan dan pokok-pokok. (Dalam hati, wow kagumnya dengan lanskap rumah ini, huhu!)



 Main-main kat belakang sementara waktu. Itupun dapat bertahan lebih kurang setengah jam sebelum mati kutu semula merengek-rengek suruh ibunya mintak dukung semula..haishh!


Selesai 2 session untuk bengkel kali ini. Bengkel untuk sesi seterusnya akan diadakan di Susuibu.com bagi pada hujung bulan ini.

Minggu hadapan akan diadakan lagi sesi yang sama seperti yang saya hadiri ini untuk kumpulan yang lain pula. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai ini boleh hubungi Dr Ning/Dr Ashikin seperti didalam flyer dibawah ini yer :)


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea