Tuesday, May 8, 2012

Titisan Emas @KKIA Batu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:34 AM
Haruslah saya mereport disini kan walaupun tak dapat ambil gambar beraksi dihari kejadian, hehe. Semalam saya ke KKIA Batu, Jalan Ipoh bagi mewakili Kumpulan Sokongan WPKL & P iaitu Titisan Emas sempena Sambutan Hari Pendidikan Wanita. Saya hampir terlupa nak minta tolong cik-cik jururawat tolong ambil gambar retis aii sebab slot saya yang mula-mula pula. Biasanya slot untuk memperkenalkan kumpulan sokongan ni diakhir-akhir program..

Ok lah dapat lah sekeping gambar semasa pemberian cenderahati dari Sister KKIA Batu. Terima kasih warga KKIA Batu kerana menjemput Titisan Emas. :)


Kalau ke program anjuan Jabatan kesihatan memang tak lepas dari mendapat ole-oleh yang berbentuk pamplet dan pelbagai lagi risalah mengenai penyusuan, pemakanan dan sebagainya.

Yang ini pula ole-oleh sewaktu mesyuarat di JKWP tempohari jangan jelezzz :P

Walaupun berkhidmat secara sukarela tanpa mengharapkan balasan wang ringgit, apa sahaja yang diberikan pasti memberikan keterujaan kepada saya, lebih-lebih lagi bila dapat cenderahati yang berbentuk informasi dan maklumat yang boleh dimanfaatkan.

Bulan ini Titisan Emas banyak dijemput untuk slot sambutan program di KKIA sekitar KL dan Putrajaya. Sebahagian lagi tugas mewakil kan TE diambil alih oleh rakan-rakan TE yang lain. Tak mampu acik nak terjah kesemuanya, huhu!

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea