Wednesday, May 9, 2012

Ijazah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:26 AM
Yeahh, sesi menambah cerita lagi. Setelah 8 tahun graduated dari Uniten baru beberapa minggu lepas saya dapat memegang ijazah saya. Ripleys believe it or not! Alkisahnya saya graduate tahun 2003 tapi menghadiri konvo 2004 punya, akibat extend short semester dulu. Sewaktu itu saya dibenarkan menghadiri konvo tetapi bersyarat iaitu tidak akan dapat ijazah yang sebenar selagi baki hutang saya belum diselesaikan. 

So, selama itu saya hanya guna transkrip akademik sahaja sebagai proof of my highest education. Saya tak ingat sama ada baki hutang itu sudah langsai atau tidak sebab pembayaran saya buat secara online transfer sahaja sedikit-sedikit. Dan selepas itu saya bertangguh-tangguh nak kutip ijazah saya semula walaupun Uniten tu sekangkang kera je dengan kajang ni, huhu! Lagipun saya tak fikir dah pun nak dapat ijazah sebenar tu sebab tiada apa keperluan masa tu lagi-lagi bila dah kahwin ni.

Tetapi kali ini akhirnya saya perlukan juga selepas tak larat dah nak tunjuk transkrip je dah la pointer tak comel mana pun, huhu! Terus saya ke bahagian akademik Uniten check status saya, dalam sistem tulis Unblocked sudah, ehh sudah setel kah hutang aku rupanya, haha!?. Siaplah akak tu keruk-keruk kabinet fail yang menyimpan ijazah yang tidak dituntut mengikut tahun konvo. Saya seorang sahaja dalam course FI (finance) yang masih belum tuntut ijazahnya. Saya kata tuannya sudah beranak dua baru laa ni nak amik, adess!.

Ini lah dia rupanya ijazah yang saya tak dapat tengok selama 8 tahun. Mungkin sekarang corak ijazah Uniten sudah lain agaknya. Kalau 8 tahun lepas mungkin saya teruja dengan sekeping kertas ini kerana dapat juga 'mengenggam segulung ijazah' (ayat standard, hehe) setelah 4 tahun belajar. Sekarang?hmmmm...

**Tengah dalam mode tak sihat ni, satu rumah dilanda virus selsama, batuk, demam bagai. Get well soon anak-anak!


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea