Monday, May 21, 2012

Ceramah Penyusuan @ KKIA Koperasi Polis 2

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:01 PM

Sabtu yang lepas saya dijemput untuk memberi ceramah mengenai penyusuan mewakili Kumpulan Sokongan Titisan Emas di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Taman Koperasi Polis 2 sempena program mereka. Kami dijemput untuk menyampaikan ceramah mengenai penyusuan susu ibu...
 
Saya ditemani oleh rakan sekumpulan, sedang membuat persiapan bidang terjun sebenarnya. Membuat model payudara 'segera' hehe! Dan mengupdate slide disaat-saat akhir.

Sebelum program bermula, semua peserta diberi ujian permulaan yang ringkas. Agak-agak leh dapat full mark tak? :)



 Sesi praktikal demo posisi penyusuan. Beberapa orang peserta dipilih untuk mencuba mengayakan posisi penyusuan tanpa menunjukkan gambar yang sebetulnya. Mengikut rasa hati sendiri. Kemudian peserta-peserta yang lain diminta untuk membetulkan dan memberi cadangan lain mengikut pemahaman mereka pula.

 Kemudian sesi praktikal memerah menggunakkan teknik marmet. Kesemua peserta dibelon dan dikehendaki membuat payudara masing-masing. Kemudian menggunakan belon tersebut untuk sesi latihan memerah menggunakan teknik marmet.

Secara keseluruhan sesi ceramah mengambil masa hampir 2 jam! Pada slot yang diberikan 1 1/2 jam. Mujur slot yang terakhir. Stok tak berhenti bercakap merapu-rapu..haha! Seronok sebenarnya bila kita diberi peluang untuk bercerita tentang penyusuan kan...

 Sedikit cenderahati dari Pegawai Sains Pemakanan Zon Titiwangsa, Pn Shuhada. Terima kasih tidak terhingga daripada kami, kumpulan sokongan kerana diberikan peluang untuk memperkenalkan diri kepada komuniti disana. :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea