Sunday, May 20, 2012

Brother N950E-keputusanya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:32 PM

Sebenarnya sejak dari entri saya yang berura-ura samada nak beli mesin idaman NV950 saya banyak dihujani pertanyaan dari email, pm dan sebagainya bertanyakan sama ada saya sudah membeli mesin tersebut atau tidak dan mahukan review mengenainya :)

Setelah berminggu makan tak lena tidur tak kenyang, eh? memikirkan samada patut ke tak patut, berbaloi ke tak, akhirnya saya buat keputusan untuk TIDAK membeli mesin itu walaupun pada mulanya menjadi salah satu wish list saya.

Kenapa saya tak beli? Sebab-sebabanya:

1. Ini berdasarkan review dan komen-komen yang saya baca dipelbagai forum dan group FB lah. Dari segi performance agak kurang memuaskan kerana fungsinya yang 2 in 1. Ada yang kata nanti jahit lurusnya tak berapa cantik. Mungkin kerana asyik berulang kali tukar tapaknya dari sulam-jahit lurus-sulam. 

2. Ada yang kata, kalau untuk yang suka-suka untuk menjahit di waktu lapang ianya mungkin sesuailah. Mungkin kerana tak berapa keraplah nak menjahit tu sekaligus kuranglah kerja asyik nak menukar tapaknya. Saya fikir itulah yang membuatkanya cepat rosak dan sebagainya. 

3. Bagi yang menjahit tegar seperti saya nih, means tiap-tiap hari mesti nak jahit something so tidak disyorkan sangatlah mesin seperti itu. Lebih baik beli mesin yang khusus untuk satu fungsi sahaja kalau nak jahit biasa satu mesin, jahit sulam pun satu mesin. Hmm, logik2! 

Jadi setelah mengambil kira faktor-faktor seperti diatas dan memikirkan semula apakah keperluan saya sebenarnanya terhadap mesin itu? Sebabnya mesin jahit lama saya ini masih lagi berfungsi dengan baik dan mantopp! (kena puji-puji skit, hehe!). 

Kalau saya lebih kepada fungsi menyulamnya sahaja adalah lebih baik saya beli mesin yang khas untuk sulam sahaja iaitu Brother NV-90E yang mana laaaaaama lagi lah jawabnya nak beli tu. Masuk kedalam wish list je lah dulu.

 ♥muah-muah!

Sementara itu saya akan terus menggunakan pak singer yang ada ni walaupun terliur dengan promosi-promosi mesin jahit yang ada dan bakal dilihat nanti. Bunyi macam pasrah je kan, hihi! Bukan pasrah tapi cuba untuk menukarkan rasa pasrah itu kepada SYUKUR dengan apa yang ada ketika ini. Jika kita berada dalam keadaan pasrah, keikhlasan tu sukar untuk ada. Tapi bila diconvert dengan rasa bersyukur, keikhlasan itu akan tiba dan kita lebih bersemangat, hati dan niat lebih fokus, chewah! 


5 comments:

Ila said...

aku baru beli mesin jahit semalam...GS2700..bolehlah jahit baju kurung sendiri pas ni..nak aim mesin jahit tepi plak..kalau ko nak beli baru,leh lah jual kat aku nanti..hehehe

Mila@Rimbun said...

ooo gitu yerrrr review dr kawan2 yg dah guna NV950e niii.. saya ni kalau takde NV90e n NV50, mmg sure angkut satu, sebab bila ada 2 mesin ni makan space... tp apa pun NV90e saya tuh telah menjadi tukun sekian lama hahha.. tambah plak dah adahi-speed

Hayatie said...

ila: wah-wah, lepas ni leh 'merempit' sama lah...kih kih!

Mila: adahi speed tu jenis apa yer? wah dah ada NV90E tak pakai ke...cemana performancenya ok tak?

^lurve_purple^ said...

assalamualaikum kak..

salam singgah.. =)
mak saya baru jek beli mesin nie semalam. beli 2nd hand.. tapi kitorang agak buntu jugaklah macam mana nak guna.. boleh mintak tunjuk ajar tak? kalau akak tau mane nak download pattern sulam boleh share tak? tq..

mizzura said...

saya baru beli brother gs2700...pening gak nak pilih yang mana satu..sbb dah lama tak menjahit..dulu pakai singer gedek-gedek kepunyaan mak jer..huhu...tapi dah rosak plak..takpela sbg permulaan cari yang sedang2 dulu..agak2 terajin nak up yang lain barula trade in yang ni :-)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea