Tuesday, May 1, 2012

Beg Make up mini bergulung

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:08 AM
Setengah hari saya dok mengadap nak siapkan benda ini. Semalaman saya google DIY bag untuk tempat cloth wipes saya. Saya memang dah terbayang nak buat ala-ala poket dan gulung2 gini yang dipanggil roll bag tapi tak tahu nak buat bagaimana. Akhirnya saya jumpa tutorial cara hendak membuat mini makeup roll bag disini. Terus test power dulu buat beg ini untuk dapat gambaran yang bagaimana.

 Terus saya punggah balik fabric scraps yang saya simpan. Ada yang lebih kain-kain dari projek jahitan saya dan ada juga yang kawan-kawan bagi juga. Oh saya suka simpan perca-perca kain sebab berangan satu hari nanti saya dapat buat seperti dibawah ini..

(Gambar dari Google Pic)
Antara projek jahitan idaman saya..(bila tahun la berkesempatan nak buat quilt gini..huhu!)

 Saya gunting 8 keping kain berukuran 2.5"x5"..


 Untuk poketnya pula 4 keping berukuran 2.5"x3.5"..Kemudian cantum lah kesemua kain tu satu-satu. Selebihnya boleh tengok tutorial beg ini dilink yang saya pautkan diatas. Tak sempat lah nak snap-snap satu-satu..huhu


Yeayy, suka hati percubaan pertama berjaya tanpa salah-salah (Stok selalu tak berjaya ikut tutorial orang untuk pertama kali, ada je silapnya..huhu!). Ok next!.......... :)


2 comments:

Mummy GreenyHouse said...

Pandainye...sy selalu try2 jahit asyik x jd je..haha.. xde bakat kot.. :p

Hayatie said...

Mummy greenly; takpa selow2. Kena prakt is

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea