Wednesday, May 23, 2012

Apron kanak-kanak

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:36 PM

Lama dah saya tak jahit apron untuk budak-budak ni. Beberapa hari yang lepas saya mendapat tempahan untuk buat apron kanak-kanak ni. Tengah-tengah jahit Pak Singer punya tali getah kat motor tercabut daa. Bergegas saya ke kedai untuk repair. Sampai dikedai, test2 tali putus kata, kalau ganti RM20. Lepas dah bukak rupanya talinya tergelincir. Jadi upah repair RM15, eh kalau ganti RM20, tak ganti pun RM15 kaa, hadoi malas nak cakap banyak, hulur je lah.

Kali ini saya tak guna PUL sebab rasa macam tebal je. Saya guna fabrik Polyester yang saya beli dekat DAISO yang siap2 potong tu 70cm X 110cm. So kira waterproof la apron kalau kena air ke baju tak basah. :)

Bahagian dalamnya saya gunakan kain cotton. Kebetulan saya ada lebih kain English cotton Polkadot yang boleh match dengan fabrik Poly bunga2 ni.

Kali ini saya buat adjustable head straps. Jadi talinya boleh laras  untu kecik dan besar. Saya guna square ring.

Tumpang model cilik ni jap untuk tengok ok ke dak. Mahap yer abang, ibu nak try test jap. Awak tak comel lah pakai apron ropol-ropol ni, hehe! 

Mission accomplished! Ada satu lagi fabrik poly motif animal yang saya beli di Daiso, sesuai untuk boy.    ok nak siapkan apron seterusnya pula...




8 comments:

diLa said...

sgt chantekk!!!

farizatul said...

cantiknya...jual x? brapa rm?

erna said...

nih boleh tempah ni :)

Hayatie said...

Dila: Terima kasih :)

Farizatul: RM25 kalau tiada ruffles tu :)

erna: boleh saje :)

linda said...

asmkum, linda nak tempah satu boleh

linda said...

asmkum, linda nak tempah satu boleh

Hayatie said...

wslm linda, boleh tengok kat website utk contoh yer.. http://www.lalilo.com.my/Fancy+Apron

syida ahmad said...

salam. kalau saya nak tempah dlm 30 helai mcm tu ad special price ke?

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea