Monday, April 2, 2012

Sekitar PKS Titisan Emas April 2012

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:49 AM


Alhamdulillah, aktiviti PKS Titisan yang pertama berjalan lancar pada hari Ahad semalam. Segala persiapan yang dirancangkan dapat juga disiapkan sebelum 1 April 2012. Walaupun agak terlewat dari jangkaan yang telah ditetapkan. 


Banner dan bunting untuk kegunaan PKS Titisan Emas sepanjang tahun ini. 

PKS April yang sepatutnya diadakan di Taman Tasik Titiwangsa terpaksa ditukar ke Tasik Perdana berikutan terdapat program lain yang terdapat di tasik titiwangsa pada hari yang sama.

Topik PKS yang bincangkan untuk kali ini adalah 'Persediaan Penyusuan Susu Ibu menjelang kelahiran'..


Walaupun risalah tidak sempat siap dan diedarkan sebelum hari PKS ini berlangsung tetapi ada juga  yang datang untuk pertama kali menyertai aktiviti ini.

Tidak dilupakan peserta cilik PKS kali ini, hehe!

 

Izzet sekarang dah pandai berjalan 2-3 langkah sudah!. Ehem-ehem, adik dengan sape tuh?


Pandang-pandang, jeling-jeling..



Boring duduk, jom kita main buai pula! :)


Terima kasih kepada semua yang hadir pada PKS kali ini. Jangan lupa PKS seterusnya untuk bulan Mei pada 6 Mei di Taman Putra Perdana, Putrajaya. Dengan topik 'Penyusuan Susu Ibu untuk Ibu Bekerjaya'.

1 comments:

Cik Puan Nurul said...

comelnya ijjet..wat mulut muncung jeling2 tu..sat lagi kurus lah dia dah bleh jalan sana sini

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea