Thursday, April 19, 2012

Kelas Memasak 'Smart Mum Healthy Food'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:03 PM
Titisan Emas akan mengadakan program Kelas Memasak 'Smart Mum Healthy Food' anjuran bersama Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Didalam kelas memasak ini kita akan mempelajari 4 menu masakan dengan cara memasak yang lebih sihat. Objektif program ini adalah:

1.  Memberi kemahiran menyediakan menu yang lazat,sihat dan selamat untuk ahli keluarga
2.  Memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari kemahiran menyediakan makanan yang boleh dikomersialkan.


Program selama satu hari tersebut termasuklah dengan makan & minum berserta dengan sijil penyertaan. Butiran program adalah seperti berikut:

Program: Kelas Memasak 'Smart Mum Healthy Food'
Tarikh: 13 Mei 2012
Masa: 8am-4.30am
Tempat: Dapur Sihat, Jabatan Kesihatan WPKL& P, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.
Yuran: RM150


Bagi yang berminat, boleh reply komen disini berserta email dan saya akan akan e-mailkan butiran akaun bank untuk proses pembayaran. Jom jumpa ada disana! :)

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea