Monday, April 16, 2012

Karnival Bulan Pemakanan Malaysia

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:53 AM
 Sabtu yang lepas saya ke Karnival Bulan Pemakanan Malaysia di Mid Valley Exhibition. Ternampak iklan ini di salah satu artikel di The Star. Kebetulan tiada aktiviti masa tu, apalagi mahu mengisi masa sambil bawa anak-anak berjalan-jalan sekali. :)

Sampai-sampai je saya terus daftar untuk pemeriksaan kesihatan percuma tu. Dah lama dah tak check gula, tekanan darah dan sebagainya. Anak-anak pun daftar sekali tapi mereka cuma timbang berat dan tinggi sahaja :)

Azri timbang berat dan ukur tinggi. Amboi akur je dilayan oleh kakak-kakak tu sementara saya sedang check tekanan darah. Kalau lelaki tu konpom muka dah cuakk, pandaiiiiii!

Tinggi azri dah 107cm, berat sudah 23.65kg, perghh! umur baru 3 tahun 6 bulan. Saya dah tak pernah dukung dia lagi, tak larat. Abah dia yang rajin dukung tu pun tak lama lah. Rindu pulak nak dukung dan carry dia guna SSC cam dulu-dulu, huhu!...




Yang ini pula tengah cek kadar lemak dalam badan. 

Lepas tu kami cek kadar gula dalam pula. 

Ini result saya. Tekanan darah agak tinggi 141/84, tapi dianggap normal, kata kaunselor pemakanan tu mungkin sebab dah berjalan-jalan sebelum ini kan. Kadar BMI (Body Mass Index) saya adalah dalam kategori 'Overweight', kih kih. Body fat pula ala-ala dalam border line lah. Kadar gula dalam darah pun normal 4.2 sebelum ini dah risau juga sebab saya banyak makan yang manis-manis sahaja kebelakangan ini mana taknya asyik buat kek je. 

Yang tak bestnya, result kolestrol saya sangat tinggi, siap kena bulat lagi. Kadar kolestrol yang normal adalah tidak melebih 6.20 tapi saya sudah 7.60. Saya dinasihatkan agak mengurangkan makanan-makanan yang tinggi kolestrol seperti kuning telur (ohh sarapan pagi hampir tiap-tiap hari makan telur,huhu!), kemudian makanan laut seperti udang, sotong. Organ-organ dalaman binatang seperti paru, perut etc (yang ini saya memang jarang makan). 

Kemudian baru saya ingat, mungkin sebab saya rajin sangat buat makan kek kan, kek kan selalu banyak penggunaan telurnya. Adesss takleh lah lagi selalu-selalu nak buat kek lagi. (Baru plan nak buat kek lapis sarawak, ohh yang tuh kena guna 12 biji telur tu).

 Kemudian saya buat kuiz didalam Nutri-fun land ini. Kalau kita completekan kuiz-kuiz yang diberikan, dapatlah buku dan risalah mengenai hal-hal pemakanan. :)
                         



Diantaranya kuiz tentang piramid makanan, meneka makanan dan juga cara membaca label maklumat nutrisi pada sesebuah makanan itu dan kemudian mengira jumlah kalori (Kcal) mengikut serving. Best-best!


Sementara saya sebok buat kuiz-kuiz tu, azri pula sibuk praktis main benda alah ni di booth LittleGym

So dapat lah goodies berupa buku dan risalah tentang pemakanan selepas habis buat kuiz-kuiz tu. :)

Keseluruhannya memang bagus karnival ini dari sudut untuk mendidik masyarat tentang pemakanan yang betul dan sihat! Yang tidak bestnya banyak sangat syarikat-syarikat susu formula yang mengambil bahagian untuk mempromosikan susu mereka. Walaupun susu yang dipromosikan itu adalah dari jenis 'Growing Up Milk-GUM' untuk peringkat 1 sehingga lah 3,4,5 dan seterus-terusnya (opps bak kata Dr Jack Newman, we have formula milk from newborn till death!). Booth atau pameran penyusuan susu ibu sebagai salah satu amalan pemakanan yang sihat dan terbaik untuk bayi pun tiada disana :(

Memang agak 'menyakitkan mata' melihat susu-susu percuma diberikan dan sebagainya. Alangkah bagusnya jika pemakanan yang sebenar di terapkan dan kalsium itu tidak semestinya hanya didapati dari dalam susu tepung yang sudah diproses sahaja. Susu segar dan banyak lagi makanan-makanan yang berbentuk tenusu juga sudah memadai. Azri pun tidak memerlukan 'Susu untuk Membesar' tapi alhamdulillah masih membesar seperti biasa.




1 comments:

Cik Puan Nurul said...

lol tak tahu pun aku nak sgt cek body fat dan kolestrol aku huhu..telur kalo nk mkn jgn mkn kuning laa amik yg putih je.tp kan zaman dulu telur ni kira multivitamin tau bg org2 tua dulu.sbbnya walopun kolesterol tinggi pd kuning telur tp kuning telur mengandungi byk zat.sbb tu org dulu mkn telur mentah tetiap pagi kan sblm pi mencari rejeki yela dulu mana ada pil2 vitamin ke apa kan.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea