Thursday, April 26, 2012

6th V Beam laser

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:59 AM
Hari selasa yang lalu adalah sesi rawatan laser yang ke-5 izzet. Diam tak diam sudah kali ke 5 izzet menjalani laser di HKL sejak dari usianya 3 bulan lagi. Seakan sudah menjadi sebahagian rutin pemeriksaan seperti yang lain-lain pula.  Seawal pukul 6.30 pagi harus bertolak dari rumah untuk berada  tepat pukul 8 pagi di wad KK6, Institut Pediatrik HKL. Bermula jam itu juga lah izzet sudah berpuasa tak boleh menyusu lagi sehingga lah selesai rawatan laser.

Seawal subuh sudah dikejutkan, izzet tidur semula semasa dalam perjalanan. Belum mandi lagi nih. Tengah tunggu pendaftaran, persediaan lah bagai di wad KK6.

Caakk, dah bangun! Ades kalau terjaga waktu ini memang susah lah nak tidur semula. Kelihatan budak-budak yang lain yang 'seangkatan' yang akan menjalani rawatan laser pada hari tersebut. Budak cina yang belakang tu mempunyai hemagioma yang sangat besar dikakinya sehingga menyukarkannya untuk berjalan, kasihan! Sudah pun menjalani laser sebanyak 16 kali.


Baru pas nangis sebab kena makan Chloral Hydrate (Ubat Tidur) tapi habis muntah balik. Sudahnya saya sorok-sorok buang semuanya. Lepas tu kena sapu EMLA Cream dulu.


Kami semua sedang menunggu Ambulan hospital untuk ke Jabatan Dermatologi pula. Jabatan Dermatologi tu berada di bangunan yang lain.

Tengah tunggu giliran nak masuk bilik tu. Izzet yang paling last sebab lambat tidur. Budak2 yang lain semua dah tidur, huhu!

Tengah mamai-mamai dan baru lepas nangis lagi. Sebab terjaga semasa prosidur laser. Doktor dahulu marking kawasan tanda lahir sebelum laser.


Dah selesai, jom kita balik wad! Selepas pemeriksaan doktor diwad, dalam tengahari kami dah boleh discharge ward. Temujanji yang ke-6 dijadualkan pada bulan Julai nanti.




1 comments:

Ewina wati said...

selamat pagi.... sungguh luar biasa menahan rasa sabar untuk menghilangkan tanda lahir diwajah anak saya sprti putra ibu hayati...mohon doanya agar dberi kelancaran saat laser nanti :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea