Thursday, March 15, 2012

Sesi pembentangan di Pejabat Kesihatan Putrajaya

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:03 AM
Semalam saya dijemput untuk membentangkan mengenai KSPSI WPKL & P dan juga aktiviti yang telah dirancang untuk tahun 2012 semasa mesyuarat PZM bersama semua wakil anggota kesihatan dari semua klinik kesihatan termasuklah hospital untuk kawasan Putrajaya. Mesyuarat tersebut diadakan di Pejabat Kesihatan Persint 11 Putrajaya.

Giliran saya. Kontrol 'gegel'! ...

Ada budak frust tak dapat cakap di Mic macam ibu dia..huhu. (Thanks to auntie Sha tolong snapkan gambar ini, hihi)

'Opah-opah, nak cakap dekat Mic boleyy..'

Perlahan-lahan mencari tempat 'mengadu nasib' bermesra-mesra pula matron Rohaya. Azri kata 'opah lah' (ikut Upin Ipin).


Alhamdulillah, pembentangan saya berjalan lancar dan dapat memperkenalkan KSPSI WPKL & P sebagai Kumpulan Sokongan yang rasmi di Peringkat WP KL & Putrajaya serta plan aktiviti yang telah dirancang. Dengan harapan dengan pertemuan ini akan memudahkan lagi sebarang aktiviti kerjasama dari ahli-ahli KSPSI WPKL & P deng kesemua warga KK & Hospital zon Putrajaya ..


** Esok sesi pembentangan saya di mesyuarat semua KKIA Zon Lembah Pantai pula. Semoga segala urusan dipermudahkanNya, Amin!. (Mode kupu-kupu tak keluar lagi dari perut, huhu!)




2 comments:

eray said...

wah tahniah...semoge mkn ramai yg akan menyusu anak lepas nie...

Hayatie said...

eray: Terima kasih dear! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea