Wednesday, March 21, 2012

Panduan Penyimpanan Perahan Susu Ibu

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:54 PM

Maklumat diatas dipetik daripada artikel ABM Clinical Protocol #8: Human Milk Storage
Information for Home Use for Full-Term Infants (Original Protocol March 2004; Revision #1 March 2010) .

Saya kira kajian dan revision yang terkini yang boleh digunakan pakai mengenai panduan penyimpanan perahan susu ibu. Secara ringkasnya, perahan susu ibu boleh disimpan 3-4 jam dalam suhu bilik dan sehingga 8 jam dan dalam keadaan suhu tidak lebih dari 29c. Ini bermakna dalam keadaan bilik yang berhawa dingin. Kalau nak dikira kadar suhu bilik didalam keadaan cuaca negara kita ini memang sangat panas!

Manakala perahan susu ibu yang disimpan sejuk didalam peti ais boleh bertahan selama 72 jam iaitu lebih kurang 3 hari. Yang mana dahulunya panduan yang digunapakai adalah 48jam sahaja. (5–8 days under very clean conditions~saya agak kurang berkompromasi tentang penyimpanan perahan susu ibu (yang disimpan sejuk sahaja) sehingga 8 hari kerana memandang faktor cuaca negara kita dan juga tempat penyimpanan susu tersebut sekali gus mungkin agak sukar untuk mencapai tahap 'very clean conditions' seperti yang disebutkan itu.

Perahan susu ibu juga boleh disimpan secara beku selama 6 bulan pada freezer yang mempunyai suhu dibawah <4c. Kesimpulannya jika tempat beku dipeti ais anda boleh mencapai seperti suhu yang dinyatakan, susu perahan itu boleh disimpan sehingga 6 bulan lama untuk tempoh yang optimal.

Sekadar pendapat dari pembacaan sahaja :)

1 comments:

Hairunissa Jopri said...

Assalamualaikum..terima kasih admin atas infonya..
Jemput ke blog sy utk konsultasi percuma penyususan susu ibu..

http://hairunissajopri.blogspot.com/2013/11/stok-susu-berkurang.html

Nissa
0193584312

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea