Friday, March 9, 2012

Kek Kukus Buah-buahan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:38 AM
Sejak dari percubaan pertama membuat kek kukus buah-buahan yang perlu dikukus selama 4 jam saya memang bercita-cita (chewah!) untuk membuatnya lagi. Tapi kali ini saya buat dua adunan terus yakni dua biji kek lah. Sebab rasa tak berbaloi mengukus selama 4 jam tapi sebiji sahaja.
Kali ini konon nak hias dengan ceri sedikit..

Kukus baru beli (tidak termasuk batu lesung, hehe!)

Sempat saya beli pengukus baru tadi. Pergi ke pekan kajang, ada satu pengukus besar yang sama 30cm dua tingkat cuma capnya lain iaitu cap buaya harga sampai RM140. Hamboii buaya sungguh! Alasan tokeh tu kata cap buaya ni tahan lama besinya, maksudnya tak cepat kemek ke bagailah. Cancel saya nak beli kat situ terus saya ke kedai jual bahan-bahan bakeri Bestmark di Saujana Impian, sebab dulu pernah tengok harganya RM79.90 tapi cap helang. Ala helang pun helang lah, janji murah!

Beria bagai menghias, alih2 cerinya tenggelam lah pulak, adess!..

Kek kukus buah ini memang berat, 3kg. Berat buah2nya la tu.

Siap untuk dibawa ke meeting KSPSI esok!

Tapi rasanya memang sedap, resepi kek buah yang paling sedap pernah saya makan. Dulu saya suka kek buah Silver bird, itu lah paling sedap saya rasa. Sekarang heran pun tak sebab buat sendiri lagi best dan syiok. Rasa gula hangus tu yang buat kek buah ni wangi dan sedap. :)






3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

saya suka kek buah kukus, sedap...
meh la share resepi dgn saya,

Ely Hasrul said...

hamboii ko nih mengiwi2 aku pulak.. aku nk pg spital ari nih.. doa2kan yeee

Hayatie said...

Naimatul: Resepi di link ini: http://xclusivelyxpressing.blogspot.com/2012/01/kek-kukus-buah-buahan.html

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea