Wednesday, March 21, 2012

Donut gula

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:25 AM

Rancangan sebenar saya nak buat kek Mocha Kukus tapi koko dan butter tak cukup. Sebab tangan gatal dah nak mengadun langsung saya buat kuih donut je, hihi!. Kuih favourite azri ni. Tapi satu ketul dia makan habis masuk ketul kedua dia makan kulit donut yang bergula je, tinggal lah bogel2 donut tu nampak tepung dalamnya sahaja.

Saya suka cuba resepi kuih lama-lama dulu sebab kuih moden-moden ni banyak pula bahan-bahan nak kena beli. Suka dengan cara mertua saya, kalau setakat kuih-kuih ni semua dia buat sendiri je. Kali ini saya ikut resepi dari blog ini pula.
Abaikan bentuknya yang senget-benget tu..huhu!

Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
1 peket yis mauripan (11g)
2 camca susu pekat manis
1/2 camca teh garam
1/2 cawan minyak masak
air secukupnya

*Saya tambah telur sebiji (ikut resipi mertua saya juga). Semua adunan diatas saya separuhkan sebab 1kg tepung boleh dapat lebih 50 biji donut, banyak lah pula kan. Jadi saya buat 1/2 kilo sahaja. Ada lebih simpan untuk buat sarapan pagi esok pula.

Tip untuk menyimpan, kena goreng sedikit dahulu (untuk mengekalkan bentuknya) kerana donut akan tahan kembang selama 24 jam sahaja, kemudian ia akan meleper! :)




1 comments:

eray said...

bestnye donat, nk cuba buat jugak lah..nak letak topping chocolate..heheh

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea