Thursday, March 8, 2012

DIY Wrap?

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:06 AM

Kebetulan saya mengemas kain-kain yang belum berjahit didalam almari, ternampak pula kain cotton IKEA stripes yang saya beli cadangkan nak buat bed-sheet tapi belum terbuat lagi. Bila dibentangkan tiba-tiba rasa nak menge-wrap pula, hihi! (Yang hitam tu bakal di buat Mei Tai)..

Saya memang kurang gemar dengan babywearing jenis wrap. Lebih prefer SSC sahaja. Saje je nak mengetest skil menge-wrap saya, hihi! Takda wrap, jadi dapat kain ela ni pun jadi lah!

Jom kita membalut...

Ruck sack high back carry. Kalau nak buat cara ini kena letakkan baby kebelakang dengan kaedah 'hipscoot' atau 'superman toss'. Kalau tak reti juga, mintalah encik suami tolong letakkan, hehe!. Video untuk cara Rucksack carry ini adalah seperti dibawah. Cuma saya tak buat tibetan tie sahaja macam dalam video tu.




Yang ini pula Double Hammock back carry. Bezanya dengan Rucksack, double hammock di balut sekali dengan badan ibu kat belah depan tu,er lebih kurang lah, hihi!. Untuk video cara Double Hammock adalah seperti dibawah:



Amacam, boleh cuba back carry pula? :)

Kalau front carry mesti ramai dah tahu kan! Lebih kurang macam gambar diatas ni, yang ini pocket wrap cross carry. Waktu ini izzet baru 4 bulan. Saya guna DIY wrap jenis jersey tapi stretchy lah kalau baby berat tak berapa sesuai. Nanti melendut bila lama-lama.

Yang ini pula front wrap cross carry. Sesi test-drive wrap bebe sachi kat MBW mini meet-up Tasik Cempaka.


*** ok, dah-dah! Jangan nak berangan buat wrap pulok dengan kain ini. Ianya harus menjadi cadar hokeh! :)

*** Erk, tapi macam teracun nak sambar satu toddler wrap, ooopss! (T____T)

5 comments:

Ely Hasrul said...

muka izzet pasrah aje hahaha.. comel..

Hayatie said...

Ely: yer, model paksa rela, hihi!

eray said...

sekarang nie guna ring sling jek..teringin nak cuba yang lain...

eRiNsZ said...

wawwww tyerre nge mngwrap... haru ku try ni

Hayatie said...

Eray & erinsz: Cuba jangan tak cuba yer! :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea