Tuesday, March 6, 2012

Cuti-cuti@ Grand Lexis Port Dickson

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 1:44 AM
Hati girang tak habis lagi baru lepas balik bercuti-cuti 3D2N di Grand Lexis Port Dickson, hihi! Tu baru PD je dah jaki belum obersi, heh! Dah lama tak bercuti dari sebelum bersalinkan izzet lagi. Destinasi percutian kali ini adalah di Grand Lexis PD. Ada 3 jenis accomodation yang boleh dipilih iaitu Above Sea, Sky living dan Garden Living. Kesemuanya mempunyai private swimming pool sendiri (itu motif sebenarnya, hehe!)

Kalau yang pilih sky living, biliknya di main building ini sahaja.

Kami memilih bilik Above sea-Water Villas (above sea lah sangat kan, hihi!) Upper unit yang ada private pool diluar.

Jadi kena lah menapakkan skit kan setiap kali nak gi breakfast dan dinner di main lobby hotel. Tapi masa check in, kami dibawa menaiki buggy sehingga kedepan pintu bilik. Macam mana nak menapak dengan bag2 bagaikan. Tapi boleh je nak request buggy untuk hantarkan kalau ada barang-barang banyak.
Lepas dah letak barang-barang kat bilik kami gi jejalan lagi kat sekitar water villa ini. Kami pergi ke unit yang paling hujung sekali iaitu diatas laut lah.
Peace y'all!.. mula-mula gayat gak dia, hehe!

Permandangan dari bilik.

Dua katil king..

Bestnya kalau bilik air ni jadi bilik menjahit kat rumah saya, wakakak!

Dry kitchen..

Budak kecik ni dah bersiap sedia nak masuk pool kat belakang tu vroom-vroom, hehe!

Best sungguh ada pool sendiri kat bilik, takyah lagi nak menyegan nak mandi kat pool public, hehe! Semua gaya kuak lentang kupu-kupu boleh buat, haha! Oops nampak dalam gambar macam bahaya je kan pool ni nampak macam takda divider sebelah sana takut boleh jatuh dalam laut pulakkan. Saya pun fikir macam tu masa mula2 tengok gambar. Tapi sebenarnya ada divider dan kawat yang tepi yang tak nampak kalau dalam gambar. Jadi memang selamatlah! Cuma jangan panjat dan langkah divider itu sudah lah, huhu!

Gambar tukang snap mandi-manda takda, seksi lah pulak, auww! kih kih! Tak lah, siapa yang nak tolong snap bila semua orang dah terjun dalam pool ni, huhu!


Bergambar di lobby sebelum gi dinner kat cafe hotel.

Kawan encik suami yang sama-sama bercuti sekali..


Projek terbaru Group hotel ini..macam lebih menarik je dari gambarnya, huhu! The Hibiscus, Port Dickson..

Tak sah lah pergi PD tak mandi laut kan, hari sabtu kami ke pantai Tanjung Biru. Mula-mula nak gi ke Teluk Kemang, tapi sesaklah ya amat!

Menunaikan hasrat ibu melihat anak bermain pasir, hehe!

Mana pigi semua orang tinggalkan saya!..


Hauslah saya pulak! :)

Ada orang sentap tak dapat ikut abahnya naik banana boat, pandang dari kejauhan, huhu!

Bye-bye azri! Abah tak kasi ikut takut nanti tengah2 jalan dia meraung nak turun plak lagi tak mahu ambil risiko bahaya!


Sebelah malamnya, kami pekena ikan bakar pula!

Ni pun masuk gak, nak tunjuk semangat berCD pergi bercuti pun masih nak fully CD juga, buat pertama kalinya! Puas hatiku! Walaupun terpaksa bawa extra 1 beg untuk CD sahaja, huhu!

Posing sebelum balik, bye bye PD... ada masa kami akan datang lagi! :) Keseluruhannya memang sangat best menginap di Grand Lexis PD ini, insyallah kalau ada rezeki lagi kompom kami kesini lagi :)

11 comments:

Cik Puan Nurul said...

berapa rate satu mlm?pasnih aku nk pi sini lak.thn lps takde kosong terpaksa aku sewa homestay je.aku pun ms tu lepak kat pantai tanjung biru sbb yg lelain sesak yg amat kan.

Hayatie said...

CPN: ikut season juga. Yang time kami booking ni utk grand pool villa RM720/night

Zuhaini said...

Wah... Mahalnya!! Tp nmpk berbaloi la dgn pool dan kitchen tu... ;)

Imaan09 said...

besnyeeeeeee..haii, bila laa dapat g nih!

Hayatie said...

Zuhaini & Imaan: sekali sekala nak merasa, hihI!

Ely Hasrul said...

beshnye! aku dh lama xjalan! xsedar diri betol mak buyong nih.. haha dh la dlm pantang kang aniverseri.. mmg tgh pilih2 tmpt nk g holiday.. yum yumm besh nih.. nk kena bgtau papi

Shud's life said...

Salam...sy shud, tgh survey nk g sini jgk...nk tanya....kat sini strict tak utk nk seludup org2 lain...hehe...nk pegi 5 org dewasa with 2 kids, so nak amik yg bese je....so soalan sy...bole ke nak seludup2 org....

Shud's life said...

Salam...sy shud, tgh survey nk g sini jgk...nk tanya....kat sini strict tak utk nk seludup org2 lain...hehe...nk pegi 5 org dewasa with 2 kids, so nak amik yg bese je....so soalan sy...bole ke nak seludup2 org....

Hayatie said...

Wslm shud..

hehe! Strict tu tak pasti lah mcm mana tapi dia dah bagi reminder note dalam bilik, extra person kena tambah RM50 tak salah. In csse kalau diorg find out ada extra person dalam bilik tu, management berhak dan akan cas extra ikut the whole rate (which is lagi banyak lah) ..

Lepas kita check in dekat hotel lobby dia akan hantar kita naik buggy kalau kita pilih yang Water villas lah..

ketikketok said...

oo..above sea..nnt next time leh upgrade over sea kan..tak pun ke highlander je bercuti ke CH, singgah di Galeri BiGDee House of Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata. satu-satunya galeri microfungus aromaterapi nano di dunia!

Fana Ishak said...

nak tanya kalo walk in booking mahal x utk bilik grand pool villa?sbb nak book internet guna kredit card bagai..tq

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea