Thursday, March 1, 2012

Choc Chip Cookies for Picnic

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 4:47 AM

Orang sibuk buat nasik lauk bagai pendek kata makanan2 yang mengenyangkan lah kalau nak gi piknik, saya pula gigih buat biskut pula, haha! Motif sebab nak mengudap je. Kali ini resepi choc chips saya perfecto! Maksudnya dah semakin efisyen lah saya menerap biskut tu tak seperti dulu haru biru skit. Lebih ranggup berbanding dulu mungkin sebab saya 'angaikan' biskut tu sampai sejuk betul2 baru masuk telap. Untuk resepi klik sini.

Siap sedulang! Bekalan ke piknik esok..

Pertama kali nak bawa azri ke ke pantai bermain pasir, ibunya yang lebih teruja. Siap beli segala bagai perkakasan dengan pelampung, penyodok, baldi segala bagai lah. Kali terakhir saya bawa azri ke pantai masa umurnya setahun setengah rasa dia pun tak ingat kot. Masa tu belum pandai main-main sangat. Ooops nak pergi PD je bukannya jejauh pun, hihi!

**Grand Lexis PD, here we come~weehoo!


0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea