Friday, March 16, 2012

Aktiviti Sekolah Dirumah: Belajar Nombor (Five Fish on a Fish Bowl Craft)

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:11 PM
Sesi pembelajaran nombor yang seterusnya pula kali ini adalah belajar menulis nombor 1-5, mengenal nombor, mewarnakan nombor, menggunting dan akhir sekali menghiaskannya kedalam gambar balang ikan tu.

Saya gunakan printable worksheet dari Homeschool resources sahaja. Sebab printer takda dakwat color jadi lah black and white sahaja. :) Sumber dari sini.

Mula-mula azri tulis dahulu nombor-nombor itu mengikut dot-dot yang tersedia. Sengaja saya berinya marker pen supaya nampak sedikit dakwatnya berbanding pensel, hehe!

Tak puas menulis sekali, siap nak repeat juga dekat kertas yang kedua, huhu!

Sesudah itu, proses mewarnakan ikan mengikut warna pilihannya.

Dah siap diwarnakan, tiba masa untuk menggunting ikan-ikan tersebut. Gunting empat segi sahaja, azri masih belum boleh nak gunting betul-betul ikut bentuk ikan tu. Ada juga yang saya tolong kemas-kemaskan lagi guntinganya. :)

Kemudian kita tampal semua ikan-ikan tadi kedalam gambar balang besar tu.

Dah siap ditampal. Ada 5 ekor ikan kesemuanya, bravo azri! :)

Azri enjoy buat aktiviti ini. Sambil-sambil buat dia membebel kata 'nanti dah siap, cikgu nak tengoklah, nanti cikgu kata ahmad azri pandai belajar, rajin!' Bila saya suruh dia buat set yang lagi satu dia jawab 'dah malas lah ibu!' ...heheh!

**Cikgu imaginasinya, pengaruh watak cikgu dalam siri Upin & Ipin.. hehe!

2 comments:

Ely Hasrul said...

jap lagik dia panggil ko cikgu haha..kenkadang sami tersasul panggil aku teacher haha

Hayatie said...

Ely: haha Setakat ini belum lagi nampaknya,huhu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea