Wednesday, February 15, 2012

Telur hancur

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:01 PM
Minum pagi hari ini saya buat telur hancur. Apa orang putih kata tu 'srambled Egg', hihi!. Tak tahu lah kenapa, perut ini selalu kurang mencapai tahap kekenyakan yang memuaskan kalau makan roti sapu jem ke, cicah air ke, biskut kering ke (alasan nak cover nafsu).


Paling basic tapi kenyang untuk level saya adalah telur hancur dengan roti. Kalau saya buat telur ni, mesti nak letak bawang besar. Saya tumis dengan majerin atau planta sahaja dah cukup. Tak perlu garam lagi. Pecahkan 2 biji telur, gaulkan sedikit2 terus tutup habis. Saya tak suka masak sampai kering. Biar basah2 skit, orang kata 'half-cooked'. :) Kalau nak meriah lagi, letak lah sosej ka apa.

Dimakan bersama 2 keping roti bakar. Cukup untuk mengalas perut sehingga waktu makan tengahari nanti. Burpppp! :)



2 comments:

Adylia Qarissa said...

pagi esok nak cuba masak bawak bekal kat opos. ;-)

Hayatie said...

Adylia: selamat mencuba, tapi takleh amal tiap2 hari telur, kolestrol naik... :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea