Thursday, February 23, 2012

Memerah semasa berkursus

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 5:10 AM

Baru sekarang sempat mengarang laporan untuk marathon kursus saya tempohari. Kursus ke-4 yang telah saya hadiri dari 6 kursus yang perlu saya habiskan, tinggal lagi dua sahaja.

Setiap kali nak bergerak ke Shah Alam seawal 7.30pagi beginilah keadaan yang saya perlu tempuh! Meruntun jiwa betul bila tersangkut dalam kesesakan begini. Kesesakan bermula dari sebelum tol batu 9 cheras lagi, terus hingga ke jalan nak masuk federal depan Mid Valley lagi.

Saya pandang orang-orang yang didalam kereta kiri dan kanan saya kebanyakkan muka 'off' je, bagi yang drive solo lah. Yang ada penumpang tu boleh lah juga berbual-bual kan. Takleh bayangkan kalau hari-hari saya kena lalui begini, kalau bekerjalah. Mujur lah saya boleh bersabar untuk dua hari sahaja. Oh boleh je kalau taknak stuck dalam jem nih, kena keluar sebelum subuh! haihhh....

Selepas campur tolak darab bahagi, saya sampai ke tempat kursus pukul 9.45am. Tu yang sempat menye-nap gambar tu sebab duduk paling belakang sekali. Tapi saya suka duduk belakang sebab saya memang orang yang paling lambat akan masuk setiap kali waktu break pagi dan tengahari sebab nak buka kilang pemerahan di Surau.

Ikutkan saya memang nak perah je dalam bilik kursus ni tapi sebab ramai lelaki memang tak boleh 'buat operasi'. Masa duduk ini pun sebelah dengan lelaki sebab kerusi ngam2 je. Kursus kontraktor ini memang majoritinya lelaki, perempuan adalah tak lebih dari 10 orang dari 70 orang yang sedang berkursus ini.

Ohh, memang bukan 'bidang' saya. Sebab saya tak amik bidang Engineering pun masa kat U dulu, haha! Tapi taklah teknikal sangat pun. Modul memang asas pembinaan yang perlu ada pada Kontraktor (walapun saya bukan kontraktor sebenar cuma hanya pada nama, hihi!)


Bila tiba waktu breakfast dan lunch break, saya akan ke surau Kompleks Taman Seni Islam untuk memerah susu. Walaupun saya ada pam elektrik Spectra 3 & Medela Freestyle tapi sekarang ini saya lebih selesa guna pam manual sahaja. Penyakit M nak uruskan parts pam dan bla bla..hehe! Cukuplah dulu saya dah puas bergelumang dengan segala bagai gajet pam ini.

Kebetulan disurau ini dijadikan tempat untuk belajar dan mengaji Al-quran. Kalau saya bawa FS mahu juga 'mengaum' didalam surau itu. Oleh kerana tiada alasan untuk memerah walaupun bekursus, saya memang terpaksa 'korbankan' waktu kursus tu untuk keluar memerah. Walaupun saya terpaksa miss beberapa sesi modul dalam kursus itu (dah la ada exam diakhir kursus, kalau tak pass sijil tak dapat, huhu!). Bagi saya, rutin untuk memerah itu lebih penting. Mungkin saya sudah terbiasa dengan rutin pemerahan yang ketat sewaktu EP dahulu.

Syiok je memerah dibalik shawl selow-selow. Disaat saya sedang bersantai2 memerah disini kelas saya lama bermula. Ramai yang tak perasan pun aktiviti saya ini. Cuma sekali saya ditegur oleh seorang yang berpangkat kakak kebetulan beliau baru lepas solat dan bersalam-salam dengan semua orang disitu sampai ditepi saya dia bertanya saya sedang buat apa tu. Saya kata sedang perah susu untuk anak. Dia jawab Ooo, anak masih menyusu badan yer, akak ingatkan adik tengah berzikir tadi, sebab tengok tangan macam tekan alat kiraan zikir tu balik kain ni.

Kelakar pun ada juga.. hahaha! Mungkin dia dah perhatikan dari jauh tangan saya dok gerak-gerak disebalik kain ini, rupanya tengah memerahh daaa!..:)





6 comments:

~effara~ said...

salam dear nak tanya..nape yer valve bentuk star tu bila sye syok syok pam kuar bunyik "pop"..ade tak petua ? nway mne lagi ok valve start @ dulctvalve?

Cik Puan Nurul said...

sapa yg amik gambar anda nih..anda pi berdua dgn suami kah

Hayatie said...

Effara: valve kecik yang kat tengah2 bawah tu ke? lepas punya pop tu boleh pam ke or sekadar bunyi je? . Saya punya so far takdalah jadi camtu dah 3 tahun dah pam ni

Hayatie said...

CPN: hahaha, magikk kan! Taklah aku gi sorang je. ..kebetulan kat tepi tuh ada bangku ...heheheh

Ely Hasrul said...

wow byknye susuuuu aku sukaaa.. aku bli Fs tuh sbb avent manual aku ade kt kakak ipar aku wic aku xrasa dia guna and malas nk kecoh2 mintak blk sbb aku pasti sure ade parts beli baru.. bagus gak Tha, smbil perah smbil berzikir..

sisanizu said...

sy nak tanya lah..sy dh 4 tahun pakai spectra 3 dan avent manual. dua2 ni mmg terbaik. tp spectra3 dh nk kene servis sbb suction dia dh kurang bagus. sy dlm dilema nk beli fs tp bagus ke freestyle ni? boleh advice tak? samada patut beli atau tak fs tu..sbb sy kalau travel mmg pakai manual avent je..tp pam tu pun dh lama, ms avent belum kluarkan BPA free..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea