Wednesday, February 8, 2012

Lipstick Mekah

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:38 AM

Semasa di Batu Pahat, kami sekeluarga sempat singgah ke rumah makcik sedara belah encik suami di Felda Ulu Belitong, Kluang. Adik kepada ibu mertua saya. Kebetulan makcik sedara saya tu baru balik dari Haji pada musim haji yang lepas.

Kami pun dapat lah cenderahati dari Mekah. Salah satunya saya dapat lipstick hijau ni. Awal-awal bila makcik saya hulurkan lipstick ni pada saya, dalam hati 'oh sudah jangan lipstick warna merah makngah!'. Sekali bukak 'Alamakk, lipstick incredible hulk la pulok!'hihi.
First time saya tengok lipstick. Yang saya tahu celak mekah je, huhu!

Azri blur-blur tengok ibu dia kemain snap muka sendiri, hahaha!

Saya test-test kat tangan takda warna. So saya dah bajet dua je, sama ada lip balm atau ala-ala macam lipstick yang orang kata ikut darah tu. Jeng-jeng-jeng, yaaa memang berubah kalernya. Sempat snap nak tunjuk warna lipstick tu, auwww! Ni awal-awal lagi, lagi lama warnanya lagi terang! Not bad juga. Boleh buat pakai nak gi kedai ke apa. Rasanya macam tak pakai lipstick pun ada. Tak lekat kat cawan atau mana-mana baju. Magik sungguh, haha!


2 comments:

eda_ej said...

huhuhu.. mak eda ade liptik tu.. bile pakai merah nyalo.. ikot kale darah katenye.. =D

Ely Hasrul said...

lama2 berubah kaler.. hahaha dh lama sungguh xtgk lipstik nih okeh!! dulu sepupu siap buat hantaran lagik hahaha.. aku ingat sbb aku pelik ngapa lipstik tu kaler hijau so aku conteng kat baju hantaran abis kuar kaler hahahahhahaa

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea