Sunday, February 26, 2012

Jalan2 ke Jabatan Pendaftaran Negara

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:00 AM
Takda makna jenjalan ke JPN tu, hihi!. Kalau tiada keperluan yang menggesa memang tidak sampai lah saya kesana. IC hilang ke? Oh bukan, nak tukar sebab chipnya tak boleh read lagi. Kebetulan ada ada urusan dibank yang memerlukan IC verification kalau tidak tak boleh nak proceed, adesss!

Di Kajang pun ada JPN tapi tempoh pengambilan semula kad dalam seminggu sebab itu saya ke Putrajaya terus, buat hari ini esoknya dah boleh amik dah! Kali terakhir saya JPN Putrajaya adalah pada tahun 2007, masa itu ada urusan penukaran alamat pula.

Ingat-ingat lupa lah kat celah mana. Jom tengok signboard dulu.

Bahagian kad pengenalan di Aras 2. Siap tulis lagi ditembok pada setiap aras tu, kalau tak jumpa juga tak tahu lah, hehe! Bersimpang siur saya naik escalator dari bawah untuk ke aras dua tu.

Sampai-sampai je kearas dua, perlu amik nombor giliran di kaunter integrasi tu. Betul-betul disebelah playground pulak tu. Bagus juga sambil2 menunggu giliran, anak-anak boleh bermain disitu.

Dulu saya pergi masih tidak ramai, giliran menunggu pun tak sampai 10 orang. Sekarang sudah ramai, berpuluh-puluh pulak giliran menunggu. Nasib baik mak saya pun nak buat IC baru juga sebab nak tukar alamat dari rumah lama dahulu jadi saya menumpang nombor dia. Disitu, warga emas, OKU dan ibu mengandung diberi kaunter khas.

Ikutkan saya tidak boleh dapat kaunter khas tu, tapi sebab dia kesiankan saya yang tengah bawa baby sekali. Hmmm, kenapa lah tidak diberikan pengecualian untuk kaunter khas itu pada ibu-ibu yang bawa bayi kecil sekali. Memang cepatlah kaunter khas itu dapat je nombor terus dipanggil ke kaunter dah.

Dulu tak silap kalau nak amik gambar IC kena pakai tudung hitam kan, kalau takda diorang dah standby tudung hitam untuk kita pakai masa amik gambar tu. Sebab mak saya pakai tudung cokelat cerah tak pula disuruh tanggal ke apa.

Hah, muka saya dah semakin boolatt! Kos untuk tukar chip dan alamat bukan sebab hilang adalah RM10 sahaja. Kalau hilang, denda & bayaran adalah seperti dibawah:

Bayaran Hilang bagi MyKad sahaja

Kehilangan

Bayaran

Permohonan

Kompaun

Jumlah

Kali pertama

RM10.00

RM100.00

RM110.00

Kali kedua

RM10.00

RM200.00

RM210.00

kali ketiga dan seterusnya

RM10.00

RM300.00

RM310.00




1 comments:

Ely Hasrul said...

papi suh tuka ic dgn alasan tuka alamat walhal mmg muka aku buruk sungguh dlm tuh hahahhaha nnti kalu sempat jumpa ko aku tunjuk.. besh nye ade kaunter ibu mengandung tp xmo lah kang muka aku bolat pulak dlm ic.. pas bersalin dh agak cun sket nk tuka ic hihi

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea