Thursday, February 16, 2012

Baucer BR1M

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:45 AM
Hari ini gigih saya membawa emak saya ke SMK Tinggi Kajang untuk mengambil baucer BR1M yang telah pun diluluskan. Waktu kutipan dari pukul 2-5pm. Kami sampai pukul 2.30pm. Nombor giliran emak saya 396, nombor yang sedang di panggil baru 100++. Gigih saya pun patah balik rumah dulu tinggalkan mak saya disana, hihi.

Nasib sampai awal juga walaupun dah pukul 2.30, keadaan dah mula sesak. Kereta tak boleh masuk kedalah sekolah, semua drop orang ditepi2 jalan sahaja. Ini baru dinamakan gigih kan, yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan datang melayang. :)


Baucer tunai ini boleh ditebus dicawangan bank berkenaan sehingga 15 April 2012. Suka lah mak saya dapat duit lagi, hihi! Lantaklah orang kata apa tentang bantuan rakyat ni, 'gula-gula' kaaa jelly ke. Dah kerajaan nak bagi, kalau menepati kriteria dan permohonon pun lulus apa salahnya, rezeki jangan ditolak ye dakk! Alhamdulillah, terima kasih buat kerajaan Malaysia. :)


3 comments:

Cik Puan Nurul said...

huhu betul tu kami xdpt kuikuikui n tak isi borang sbb dah tau mmg xlepas walopun sipi2 je kan.tp jiran2 ku ramai gak dpt cam xpercaya lak walopun anak masing2 lahir n check up kat hospital swasta hahaha sbb ikut basic gaji kan duit2 tambahan lain x dikira takpelah rezeki memasingkan..rezeki kami mgkin di tmpt lain.bagus gak ade bg duit camni kurang skitla beban bg org2 yg memerlukan kan

Hayatie said...

CPN: huhuhu..aku mohon utk mak aku..atas kriteria warga emas 60 keatas tu yang tinggal bersendirian. Kira bersendirian la sebab suami dah takda, dan anaknya on-off batu pahat-kajang, kui kui!

Myluv - Syl said...

rezeki jgn ditolak.. orang dah nak bagi. rezeki.. rezeki.. mai la lagi..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea