Sunday, January 1, 2012

Salam tahun baru 2012

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:31 AM
Wah-wah, sudah 2012! Sekejapnya masa berlalu. Pejam-celik-pejam-celik dah tiba masa masuk 'Kelab 2013', ooopppss hovernya! Asyik cakap pasal 'kelab' je, sekali masuk kelab betul-betul baru tahu, haruuuuu!Adess....

Tahun 2011 telah selamat melabuhkan tirainya dengan seribu satu kenangan, pahit-manis, pencapaian dan lain-lain lagi. Walaupun tak spesifik azamnya namun alhamdulillah ianya berjalan dengan baik. Bak kata 'omputih' tu, 'go with the flow' lah kan. Syukur kepada Allah S.W.T kerana memperkenankan doa-d0a ku dan memudahkan urusan kami sekeluarga.

Kini tahun 2012 pula menyapa dengan penuh harapan dan pengisian yang perlu diisi dengan sebaik-baiknya. Surirumah pun kena pasang azam juga, hihi! Diantara azam yang sedang difikirkan (tatkala menaip entri ini) adalah:

1. Memandangkan Azri bakal mencecah ke-4 tahun pada bulan Oktober ini, saya memasang harapan untuk meluangkan masa untuk membuat 'Homeschooling' dengan Azri pada setiap hari. (Number of day is subject to change, hihi!)

Cadangan mula-mula adalah untuk memasukkannya kemana-mana Playgroup center (yang paling dekat kat belakang rumah ni CIC), tapi saya revised semula cadangan itu dan cuba beri peluang pada diri sendiri untuk cuba membuat aktiviti Homeshool ini untuk setengah tahun yang pertama ini.


2. Saya nak mulakan tahun baru ini dengan mula membuat jadual untuk supaya saya jadi lebih berdisplin dalam membahagi-bahagikan masa untuk setiap kerja. Jika tidak saya rasa masa untuk melayari Internet melebihi dari masa untuk membuat kerja-kerja yang lain, haha kantoi!. Mana yang nak menjahitnya lagi.

3. Untuk aktiviti Penyusuan Susu Ibu pula, saya masih lagi bergerak dengan MBfPC, insyallah kami bakal bermesyuarat untuk merangka aktiviti/program yang seterusnya. Dan ada juga program yang bakal dicadangkan untuk projek Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu WP. Oh kalau cerita pasal membuat program & aktiviti Penyusuan ini, menyala-nyala mentol didalam diatas kepala, tinggal sama boleh atau tak terlaksana je.

4. Ada lagi nih, tapi kena make sure yang no.2 tu dilaksanakan dulu, hihi. Eh patut yang no.2 tu jadi no.1 kan. Arghhh apa-apa je lah!

Harap-harap tahun ini saya akan menjadi lebih produktif (produktif dari segi kerja yer), lebih baik, lebih banyak beramal soleh dan macam-macam yang lebih2 lagi lah dari tahun yang sebelumnya. Yessss! Mari kita mulakan!

2 comments:

Ely Hasrul said...

aku pon tahun nih nk buat aktivit sdr dgn sami sbb by the time abis pantang, pindah rumah dh stgh tahun.. baik aje aku buat class sdr dgn sami, thn dpn baru masukkn dia kat sekolah baru.. dh la dpt adik, pindah rumah takkan nk pindah sekolah terus mau meraung dia.. kalu dia tak meraung aku la gamaknye hahaha

Hayatie said...

ely: haha, betul-betul! Haih pejam celik je kau dah nak bersalin yer.. :)

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea