Tuesday, January 10, 2012

R.E.D: Burpppp

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 11:32 PM
Hari tu saya post pasal KR Roasters Eating Day kan yang berlangsung pada hari ini. Saya baru sahaja pulang dari KR di Metro Point Kajang. Saya bersama anak-anak dan ibu saya sekali semua merah yuu, hihi kecuali izzet. Tapi sebenarnya tak kisah pun, bukan semua WAJIB pakai merah, janji ada salah seorang yang memakai warna merah dah layak dapat free satu lagi set hidangan tu.

Saya sampai pukul 12.45 tenghari tadi. Sampai2 KR dah penuh, dah kena beratur dah. Mujur saya beratur selang 3 orang sahaja didepan saya, tak lah lambat sangat. Lebih kurang 20 minit menunggu baru dapat meja. Oh untuk yang 'buy 1 free 1' ni, kita tak boleh tentukan side dishes nya. Ianya dah siap2 fixed iaitu mash potato, BBQ beans & coleslaw. Alhamdulillah kenyangnya! Dapat pula minum air Tripple Passion, perghhhh!

Alaaa, boring sebab tak dapat nak snap gambar. HP dah weng tak boleh snap gambar asyik keluar message 'Internal memory full' atau secara tersiratnya 'pergi lah wey carik sebiji kamera kan senang' hahaha! Haa, takpa-takpa kamera idaman masih lagi dalam buruan, kih kih! Blogger dan kamera tidak boleh dipisahkan? Ikut individu lah kot.

Hah, pada yang masih lagi nak dapat set hidangan KR Quarters free tu lekas-lekas lah terjah KR yer yang berlangsung sampai 10am ni.

2 comments:

Cik Puan Nurul said...

Beb free tu kira kalo pi makan 4 org bayo dlm satu bil dpt satu jela free nya ke atau kalo ade 2 bil walo duk satu meja kira dpt 2 la yea huhu

Hayatie said...

CPN: KLu tak salah, kalau beli order 4 set tu suppose dapat 4 set free la kot.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea