Saturday, January 14, 2012

Pesta Buku MPH & Lagi-lagi Botol Air

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 2:36 AM
Asyik buat aktiviti homeschool sahaja sepanjang minggu, hujung minggu dimanfaatkan untuk membawa azri berjalan-jalan atau 'bersosial' skit, hihi! Hari ini saya bercadang hendak ke Pesta Buku MPH di KL Sentral. Motif sebenarnya adalah untuk memberi sokongan kepada salah seorang sahabat saya dalam penyusuan iaitu Nora Herni yang kini telah bergelar novelis kanak-kanak. Hasil karya novel kanak-kanak pertamanya yangbertajuk 'Lagi-lagi Botol Air' yang telah selamat berada dipasaran.

Tetapi apakan daya, saya terlambat kerana tersekat didalam kesesakan di Brickfields. Sampai-sampai slot bersama penulis telah pun selesai. Tak apalah, janji dapat bergambar bersama sebagai kenangan. Siapa tahu dimasa hadapan kelak sahabat saya ini sudah 'fofular', adalah gambar bersama modal nak tumpang 'gelamer' juga, hihi!

Dapat saguhati dari penulis untuk pembaca/pengunjung semasa sesi tersebut berupa sebuah diari (planner) yang sangat comel. Sesuai untuk kanak-kanak atau mak kanak-kanak,hihi. Terima kasih auntie Nora Herni diatas ole-ole itu.

Selepas itu slot bersama penulis diteruskan dengan penulis yang tidak asing lagi iaitu Dato' A. Samad Said. Kali terakhir saya terserempak dengan beliau secara live adalah sewaktu saya tingkatan 5, tahun 1998 di Pudu Raya. Masih serupa lah!

Siapa taknak lepaskan peluang bergambar dengan Sasterawan Negara kan. Azri 'cuak' tengok Dato' A. Samad Said, siap kena pangku lagi!, hihi!

Sukanya saya lihat deretan buku-buku ini, rasa macam nak borong je semua. Semua buku-buku yang dijual ada potongan yang telah disediakan. Mana boleh tak 'rembat' sebiji dua kan, hihi.

Pilihan untuk hari ini. (Teruja nak mula membaca buku 'Leaving Microsoft to Change the World') setelah disyorkan oleh sahabat saya :)


Ini hasil rembatan ibu saya pula. Dia minat dengan Ustaz Zahazan, tu yang dia beli buku Soal jawab Haji tu, hihi!.


Yang ini untuk azri. Dia dah pandai pilih sekarang nak buku yang mana. Nasib baik dia ambil yang ini dari buku kartun Chuggington, huhu!. Ok juga buku ini, siap marker pen yang boleh wipe off inknya selepas tulis kat permukaan tu. Harga RM13 selepas diskaun.

Tak sempat pun nak buat kat rumah, masuk kereta je terus buat. Maklumlah, tengah aura homeschool lagi agaknya nih, hihi!

Pengaruh buku? kih kih!


4 comments:

Ely Hasrul said...

wow.. nora herni dh kuar buku.. nk kena beli nih tanda sokongan..

Hayatie said...

Ely: Sila-sila, boleh didapati di MPH juga. :)

Cik Puan Nurul said...

amboi azri baca buku kemain lg yeaaa..aku nk pi semalam tp wan blk lambat smlm so arini pi MV je pastu gi MPH cr gak la bebuku..adui ramai bebenor org penat mak beratur nk membayo

Hayatie said...

CPN: Posing je lebeyy! hahaha.

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea