Wednesday, January 11, 2012

Pedal Mesin Jahit Singer

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 3:41 AM
Awal tahun lepas saya dah pun meluahkan 'perasaan' mengenai problem dengan pedal mesin jahit saya ini. Dan selama hampir setahun itu juga lah masalah yang sama juga kembali berulang-ulang dan kali ini ianya sudah seperti makin teruk.

Dah lama saya tak sentuh mesin disebabkan frust betul dengan masalahnya. Masalahnya kalau saya tekan pedal ni, ada waktu-waktu tertentu dia akan terus berjalan walaupun pedal sudah dilepas dan menyebab jahitan saya selalu 'lari' dan hilang kawalan. Bila saya bawanya ke kedai, elok je lah pulak dia 'tak buat hal'. Sebab dah tak tahan sangat, saya mintak taukeh tu tukar sahaja pedal yang baru.

Tadaaa, dah tukar baru. Terbang duit acik RM50 huhu!. Tapi tak tahu lah keberkesananya lagi. Sebab tahun baru ini saya belum mula buka mesin lagi, hehe. Jadual rutin harian dirumah dah bertambah ni. Mana nak jadi 'cikgu' lagi, nak jadi tukang jahit lagi, hahaha!

**Gambar diatas disnap menggunakan webcam netbook saya. Haha gilo desperate nak ada kamera gak ni, haihh!




2 comments:

siti syakila said...

salam sis..awk beli kt mne ye cable mesin jahit tu?sy dok cari jgk ni

Hayatie Hashim said...

Wslm..saya beli dekat kedai mesin jahit singer juga di Kajang

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea