Sunday, January 15, 2012

Kek Kukus Buah-buahan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 10:48 PM
Wah, saya tak perasan yang saya telah membuat 2 biji kek dalam masa tak sampai sebulan, adesss! Bahaya ni, naik kalori, hihi! Hari ahad semalam saya teringin hendak mencuba membuat Kek kegemaran saya iaitu Kek Buah-buahan. Tapi kali ini saya nak cuba jenis kukus. Teruja mencari resepi tanpa saya sedari resepi Kek Kukus Buah-buahan ini perlu dikukus selama 4 jam, adess lagi!

Kali ini saya nak mencuba resepi dari blog Cik Mat Gebu yang pemes itu, hihi! Bahan-bahanya semua sudah ada didapur saya cuma krim Tartar je takda. Ini bahan-bahannya ya (seperti di blog CMG):

Bahan-Bahannya:-
375 g Buah-buahan campuran (mix fruit)
250 g Mentega <----Saya guna butter cup je, huhu!
300 g tepung gandum*
1 camca teh sodium bicarbonate*
1 camca teh cream of tartar*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
150 g gula aising (boleh juga guna 'brown sugar')
150 g gula pasir (untuk gula hangus)
1/4 cawan badam keping (flakes almond)<---tragedi badam hangus, sob2!
1 biji pala, diparut (nutmeg)<---saya tak suka buah pala
Ceri merah/hijau untuk hiasan

Cara membuatnya:-
1. Gaulkan buah-buahan campuran tadi bersama tepung yang diayak, kepingan badam dan juga parutan biji pala. Ketepikan.

2. Dalam mixing bowl, krimkan mentega dan gula aising hingga putih, masukkan telur satu persatu sambil terus memukuk hingga adunan kembang.

3. Gunakan speed perlahan, masukkan bancuhan buah2an bersama tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul hingga rata. Matikan mixer.

4. Sementara itu, masak 150 g gula pasir tadi hingga bertukar menjadi karemal bewarna coklat keemasan. Kacau selalu untuk mengelakkan karemal berwap.

5. Hidupkan kembali mixer, gunakan speed sederhana, dengan pantas tuang gula hangus tadi hingga habis. Gaul hingga rata. Berhati2 kerana gula hangus itu amat "PANAS".
(Ok, yang ini tricky part. Saya kena gaul gula hangus tu cepat (read: tersangatlah cepat okay). Sebab 'in-a-split-second' gula tu akan mengeras semula. Tapi dek kekangan assistant, terpaksa lah juga satu tangan tuang satu tangan lagi kacau. Fuh, nasib baik sempat rata cuma ada skit2 part gulanya dah keras semula. Tapi its ok bila masuk kukus nanti gula2 yang keras tu akan cair balik tapi Consnya, tak rata lah campuran gula hangus tadi.)


6. Bila siap, tuang adunan ke dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas. Hias dengan ceri dan tutup permukaan tin kek tadi dengan aluminium foil dan ikat sekelilingnya dengan tali rafia. (Perasan tak, semua kek saya bulat sahaja, sebab saya takda loyang 4 segi, hihi!)

6. Kukus atas air mendidih selama 4 jam. Selepas satu jam, periksa air dalam kukusan, jika kurang tambah dengan air panas mendidih juga. (Saya hempap dengan batu lesung sebab nak bagi penutup kukus itu rapat supaya wapnya tak keluar. Oh saya guna napkin lagi sebab takda aluminium foil asyik lupa nak beli Kalau kita tak letak alas atas kek, nanti wap air tu tadi akan jatuh semula keatas permukaan kek tadi, dan permukaan kek akan jadi lembik kot.)

(Drum roll), hehe! Ini lah hasilnya setelah hampir 4 jam mengukus (ok tak sampai 4 jam pun, 3 jam lebih jaa, tak larat weh nak tunggu 4 jam, itu dah 2 cerek air saya jerang untuk buat air panas sebagai tambahan air dalam kukus tu nanti). Nak siapkan adunan tu tak setengah jam pun, yang nak mengukusnya itu yang bercinta.

Keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan hasil Kek Kukus Buah-buahan. Sangat sedap, lembut, memang terasa lah gula hangus (karamel) dalam kek itu dan tak muak pun. Sehingga entri ini ditulis, percayalah yang kek ini dah tinggal suku je pun, huhu! Patut lah ada orang amik tempahan Kek Kukus Buah-buahan ini sangat mahal weh, RM50 ke atas. Tapi seriess, sedapp! Berbaloi lah saya mengukus selama itu.

Oh ada tips lagi, semasa membuat kek kukus buah-buahan ini rupanya. Diantaranya:

1. Kita perlu gaulkan dulu buah2 campuran itu dengan tepung dahulu sebelum dicampur kedalam adunan mentega. Jika kita tidak buat seperti ini dahulu, buah-buah2 itu akan mendak kebahagian bawah kek semasa mengukus sebab buah-buah tu kan berat. (oh nasib baik saya ikut satu-satu arahan cik mat gebu tu, hihi!). Arwah moyang saya dulu dia jemur dulu buah-buah campuran itu, pun boleh juga. Ada juga yang kata jangan kasi terhentak loyang adunan tu juga, nanti buah2 nya akan mendap ke bawah juga.

2. Semasa nak menggaul gula hangus kedalam adunan itu pun kena tersangatlah cepat. kalau tidak, tak sempat ianya nak rata, gula itu akan mengeras semula. Lepas itu, ada yang kata kalau nak bagi warna kek buah kita tu coklat/gelap sedikit, gula hangus itu perlu kita masak lama sedikit sehingga gelap jangan hangus sudah, hihi! Saya buat sedang-sedang je sehingga warna gula itu berubah betul-betul seperti warna karamel.

Ok, selamat mencuba dan mengukus dengan sabar yer! :)

1 comments:

Ely Hasrul said...

ko nih kan keje asik nk msk kek aje.. sedap plak tuh.. ntah bila nk kasik aku rasa! hahaha

nnti free ko tgk sini okek.. thks

http://lalalandsale.blogspot.com/2012/01/answer-get-lucky.html

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea