Sunday, January 22, 2012

Ilham Ruang Menjahit

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:41 PM

Saya masih dalam mode nak menghias ruang menjahit 'idaman' saya. Saja google-google gambar ruang menjahit orang lain carik ilham. Kebanyakannya memang extravanganza hover la dan sukar nak direalisasi dalam sekelip mata.

Adalah beberapa ruang-ruang menjahit yang simple dan mudah yang menarik hati untuk dijadikan sumber idea.

Saya mula-mula tertarik dengan ruang ini. Nampak kemas je tak sarat-barat kan. Perabot pun guna meja banquet je tak yang meja khas beria bagai... :)

Yang ini pun menarik. Sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak-anak kecil macam saya. Saya lebih prefer ruang menjahit yang tak letak barang-barang dibawah. Tambah-tambah lagi ada anak-anak kecil yang suka nak mengisai, silap2 hari bulan dia tolong 'menjahit' sekali. :D


Yang ini pun comel, except drawer yang berada dibawah tu, kompom kena 'inspection' oleh anak-anak saya.

Haa, yang ini berangan jer takda makna saya nak menjahit dalam sebuah bilik khas menjahit selagi ada anak-anak kecik. Sebab saya orangnya selalu menjahit selepas anak-anak dah tidur, lagu mana nak jahit dalam bilik khas nanti anak dah bangun tak sedar pulok!

Ok that's enough for today. Cukup-cukup mengoogle nanti rambang mata satu hapah pun tak buat, hahah!




0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea