Saturday, January 14, 2012

Hirarki Keperluan

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 8:45 PM
Saya tertarik dengan artikel yang dikongsi oleh teman di facebook tentang hirarki keperluan seorang anak. Boleh baca artikel itu disini untuk pemahaman yang lebih lanjut. Oh, saya sudah hampir melupakan sebuah hirarki yang paling asas yang pernah saya belajar disekolah mengenai keperluan asas manusia yang panggil Hirarki Maslow.


Dalam hierarki tersebut menerangkan bahawa keperluan manusia ini boleh dibahagikan kepada 5 kategori seperti yang boleh kita dilihat pada gambar di atas. Dan keperluan kita akan meningkat setelah keperluan yang dibawahnya sudah dipenuhi dan begitu lah seterus dan seterusnya. Jadi berapa ramai diantara kita (termasuklah diri saya) sedar yang kita sebenarnya sudah ditahap mana dalam hirarki ini?

Kemudian, saya baca pula hirarki keperluan Ibu yang diadaptasi juga dari hirarki Maslow. Masih mengekalkan konsep asas hirarki Maslow tetapi diolah dari sudut perspektif seorang ibu barangkali. Boleh baca disini untuk artikel tersebut. Mari kita lihat pula hirarki keperluan seorang ibu dibawah ini.

Saya tertarik lagi dengan keperluan yang paling asas (iaitu paling bawah sekali) yang perlu dipenuhi terlebih dahulu dan salah satunya adalah 'tidur'. Tidur menjadi satu isu utama kepada kebanyakkan ibu (termasuklah diri saya lagi, hihi) setelah bergelar ibu ini. Tidak dinafikan kesan dari kekurangan waktu tidur ini kepada seseorang yang bergelar ibu ini boleh memberi impak besar kepada aktiviti sehari-harinya dan juga kepada orang disekelilingnya. Dan melihat kembali kepada hirarki keperluan seorang ibu itu, dimana kah tahap kita berada? Hanya kita sahaja yang boleh menjawabnya. :)

Akhir sekali, hirarki keperluan seorang anak. Boleh baca artikel penuhnya disini. Alhamdulillah, kesan ketara yang saya nampak pada DIRI SAYA sepanjang hampir dua minggu merealisasikan aktiviti Sekolah Dirumah bersama azri banyak membuka mata saya tentang keperluan emosi dan psikologi seorang anak.

Seperti yang diterangkan didalam artikel yang saya baca itu, perbezaan diantara kedua-dua hierarki keperluan diatas dengan hirarki kerluan anak ini, adalah dalam hirarki ini, kesemua keperluan ini bergantung sepenuhnya kepada ibu-bapa untuk memenuhi kesemua keperluan didalam hirarki. Ada kalanya, apabila kita seakan hilang punca dalam menangani hal-ehwal anak-anak ini, mungkin barangkali kita perlu cari semula punca (roots of the cause) sesuatu masalah itu dengan melihat semulan konsep asas hirarki ini.

0 comments:

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea