Sunday, January 22, 2012

Hasil 'tangkapan'

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 9:04 AM
Hari minggu semalam saya ke IKEA, akhirnyaaaa! Kali terakhir saya ke IKEA adalah pada tahun 2010. Pada mulanya, bimbang juga hendak keluar disaat sehari sebelum CNY, manalah tahu sesak ke apa kan. Rupa-rupanya sangkaan meleset, perjalanan lancar dari kajang sampai lah ke IKEA tu, cari parking pun sekejap dah dapat.

Pergi IKEA kali ini dengan harapan untuk membeli beberapa barang-barang untuk aktiviti jahitan saya. Benda pertama sekali yang saya nak beli adalah beberapa helai fabrik.
Fabrik hitam bercorak (heavy cotton) ni berharga RM25.90/m. Mula2 nak beli 1m tapi nanti coraknya saya akan dapat seketul sahaja (jenis corak seketul jarang2), jadi terpaksa lah beli 1.5m dapat lah corak tu dua ketul. Fabrik ni saya nak buat DIY MT yang kedua. Yang multicolor stripes tu tak tahu la apa nak bikin, sepapan tu RM29. Hahh, yang selimut lagi ngada2 juga nak amik, tapi bukan nak buat selimut, lebih kepada nak buat something2 untuk jahitan. Amik je dulu, RM8.90 pun. :P

Kemudian saya beli lampu meja. Yang ini memang dah lamaaaa dok asyik nak beli-nak beli. Smart juga. Corongnya macam hailer pun ada. Tapi best, fleksibel, boleh rotate, boleh turun naik nak tinggi ke rendah ke. Batang dan basenya besi, so stable la lampu ni. Harga? RM13.90 huhu tak termasuk mentol yer!

Haaa, tak habis lagi membeli kelengkapan untuk menjahit. Dah nak sampai ke cashier pun saat ni, ala biasa lah IKEA kan suka display barang-barang seiring jalan sampai lah ke kaunter bayaran tu. Ini lah padahnya. Tak pasal-pasal terembat lagi Lennart drawer ni, adehh! Comel ok, dah terbayang masa tu nak letak barang-barang menjahit ku itu, huhu! RM49, tutup mata!

Psst-psst, nampaknya ada orang tu sudah beli meja banquet lah. Tercapai sudah salah satu sewing wish list saya dari tahun lepas. Tak snap habis lagi, sebab dalam proses men-decor itu tempat. Tunggu lah kerja-kerja 'pimp-my-sewing-space' sedang dijalankan, hihi!


3 comments:

Ely Hasrul said...

wow nih yg aku nk pg ikea nih.. tp utk makan hehe

Cik Puan Nurul said...

weh murahlah yg drawer itam tu adeh ni yg nk pi ikea sgt2 ni..adui harap aku dpt pi la esok.tp kalo BIL kuar wad esok kene blk kg lak antar dia blk umah MIL.udahnya kene tunggu nxt week jugak la gini.

Hayatie said...

Ely: caittttt!
CPN: Pegi2 jgn tak pegi..hihi!

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea