Wednesday, January 4, 2012

Dulu 'Kurang Gula' sekarang untuk 'Picky Eater' pula

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 7:33 AM
Saya jarang tengok tv kecuali kalau masa nak makan dan berita. Oh baru perasan ada susu tiruan yang dirumus untuk anak yang cerewet makan pula. Ke saya yang ketinggalan kereta api. Hmm, lebih kurang macam satu lagi susu jenama sure-sure tu lah kan. Yang kononnya susu pelengkap untuk anak yang cerewet makan.

Dalam hati saya mesti berjaya mempengaruhi ramai ibu bapa untuk membeli susu tersebut tanpa berfikir lain dah lagi dan terus 'ya, kita mesti cuba itu'. Bagi saya masalah anak cerewet makan itu adalah satu masalah yang hampir dilalui oleh setiap ibu bapa.

Saya pun tidak terlepas juga mengalaminya dengan anak yang pertama. Dan kadang-kala ianya seperti bermusim-musim pun ada. Selagi datang musim dia taknak makan sangat, semua pun taknak asyik makan makanan seperti keropok, biskut, roti dan minum air sahaja. Tapi bila tiba semula musim dia makan. Dia akan makan pagi & petang, pendek kata tolak batu dan kayu lah.

Tetapi tidaklah pula saya panik untuk memberikan susu yang kononnya pelengkap sepanjang musim dia mogok makan. Pendekatan saya, saya tetap tawarkan makanan tersebut dengan pelbagai helah dan cara. Pendek kata, tiada jalan pintas. Kadang-kadang saya buat pula konsep 'reverse psychology'. Begitu lah berulang-ulang kali sepanjang dia 3 tahun 2 bulan ini.

Rata-rata artikel mengenai tip-tip menangani anak-anak cerewet makan ini semua mencadangkan pelbagai cara untuk memujuk anak untuk makan. Tidak pula yang terus mencadangkan anak diberi susu cap ABC untuk menyelesaikan masalah. Tidak dinafikan ianya menjadi sedikit mencabar terutama bagi ibu-bapa yang bekerjaya pada masa ini. Faktor masa menjadi halangan/alasan untuk tidak dapat berbuat itu dan ini. Tetapi ianya bukan tiket untuk mencuba sesuatu yang boleh menyelesaikan segalanya.

Iklan di kaca TV yang disogokkan itu memang 'tempting' bagi mereka yang tidak tahu cerita, agenda, propaganda syarikat-syarikat pengeluar susu tiruan dan makanan bayi ini. Banyak yang saya ketahui dan semangat untuk memyelamatkan penyusuan dan sekarang ini untuk membudayakan kembali pemakanan yang seimbang & semula jadi didalam keluarga setelah pulang dari bengkel IBFAN(Internation Baby Food Action Network) tahun lepas.

Pendek kata, selepas ini akan ada sahaja isu-isu dilema dalam menangani anak-anak yang diambil kesempatan oleh syarikat-syarikat tertentu untuk memperkenalkan produk mereka. Seperti 'menanguk di air yang keroh' dan kita pula jadi seperti 'orang mengantuk disorongkan bantal'.




1 comments:

mummy-aulia' said...

kak yati..sayalah tu salah seorang yg terpengaruh dgn iklan tu.tp berbekalkan sedikit ilmu yg ada, berjaya jugak sy menolak godaan tu..huhuu..tp kdg2 mmg smpai rasa x tau nk buat apa dah dgn anak yg picky eater ni.. skrg dia asyik mkn lauk2,biskut, roti, keropok..sayur xnak, nasi xnak, mi yg dulu dia suka pn skrg dah xnak.adoiii..pening kdg2 dgn anak ni.tp cikgu kat nursery kata kat nursery dia makan ok, so hopefully ok lah. mmg perasan yg dia ni suka makan bila ada kawan2. agaknya nk kne panggil anak jiran datang makan sekali kot baru dia nak makan..huhuuu

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea