Wednesday, January 4, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

XpReSsEd bY Hayatie Hashim at 12:57 AM

Disaat-saat akhir saya baru nak mengisi borang BR1M ini sejak ianya diumumkan pada hujung tahun lepas lagi. Oh, saya isi untuk ibu saya. Manalah tahu ada rezeki kan. Rezeki jangan ditolak, hihi! Selepas dah isi, borang ini perlu dihantar ke cawangan LHDN.

Ingatkan cawangan LHDN ni adalah dimana-mana kawasan Kajang ni. Rupa-rupanya yang paling dekat di Menara PGRM, Cheras. Jadi, teruslah saya ke sana. LHDN di Menara PGRM berada di tingkat 9. Kalau malas nak ke cawangan LHDN, boleh hantar borang ini pada ketua kampung masing-masing. Errr saya tak tahu siapa ketua kampung untuk kawasan Bt 13 di rumah saya ini, huhu!

Sampai-sampai saya disitu, disediakan kaunter khas untuk menghantar borang BR1M. Fuh, ramai juga yang berpusu-pusu nak hantar borang ni. Maklumlah tarikh akhir untuk menghantar borang ini adalah pada 10 Januari 2012 ini sahaja. Tapi masa untuk memproses borang tersebut sekejap sahaja. Jangan lupa bawa salinan kad pengenalan, slip gaji (bagi yang bekerja)/kad pesara (bagi yang bersara).

Bantuan Rakyat 1Malaysia ini adalah terbuka kepada isirumah yang berpendapatan kasar RM3000 dan kebawah sebulan. Untuk maklumat lanjut boleh baca disini. Kalian dah hantar?

3 comments:

Cik Puan Nurul said...

mak kamu kije apa eh..ke dah bersara

Hayatie said...

CPN: Mak saya tak penah kije dulu, makan pencen Arwah abah saya je :)

Imaan09 said...

ati2 sis..banyak borang palsu..

Post a Comment

 

My 'xCLuSiVeLy XpREsSiNg' Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea